YA ALLAH KAU BERKATI IKATAN ANTARA KAMI..
REDHAILAH JALAN KEHIDUPAN KAMI..
HIMPUNKAN HATI-HATI KAMI..
MENJADI HAMBA YANG MENCINTAIMU DAN RASULMU..
YA ALLAH KAU BERKATI IKATAN ANTARA KAMI..
REDHAILAH JALAN KEHIDUPAN KAMI..
HIMPUNKAN HATI-HATI KAMI..
MENJADI HAMBA YANG MENCINTAIMU DAN RASULMU..
Friday, 11 February 2011
Yaumul Walimah ....
Posted by Kembara seorang INSAN at 14:12 0 comments
Sunday, 9 January 2011
Tuesday, 14 December 2010
saat merindui dan ingin menangis....
Ingin menangis.
Aku hanya ingin menangis,
membuang segala gundah yang terbeku di hati,
biarkan ianya cair,
sendiri bersama diriku ini,
Aku hanya ingin menangis,
kerna aku yakin manusia tidak memahami,
yang tersayang juga tidak akan mengerti,
dari aku berbicara dan dipandang dengan seribu muka,
Aku hanya ingin menangis,
sendiri bersama diriku ini,
titisan itu teman karib
buat yang terpencil di dunia ini
bukan semua manusia memahami semua bahasa
bukan semua yang disayang akan mencintai diri semula
akrab hilang bila berjauh
yang wujud sentiasa hanya DIA
bicara berat hendak diluah
maka tangis adalah bahasa termudah
Aku hanya ingin menangis,
menenangkan hati yang menggeletar,
biarkan segalanya mencair,
sendiri bersama diriku ini.
~Hilal Asyraf~
0506PM
291110
Dalam bilik, Irbid, Jordan
Anything For You
Puisi Ingin Menangis
Posted by Kembara seorang INSAN at 21:11 0 comments
SEBUAH DESTINASI
Kalimah mulia berlagu seni,
Alunan gemersik menyentuh jiwa,
Bahagia sikecil melihat duniawi,
Di izin ILAHI menjadi penghuni,
Merasai nikmat kurniaan ILAHI,
Tidak ternilai kasih tertinggi,
Diberi ujian silih berganti,
Agar hamba mengenali diri,
Masa berlalu bersilih hari,
Makin matang menghitung situasi,
Kerna ego dan lupa diri,
Terheret ke neraka duniawi,
Terhina di dunia ciptaan sendiri,
Erti hamba tidak difahami,
Hanya menongkah resah di hati,
Dalam jahil tersasar lagi,
Kalam ILAHI dibiar ke tepi,
Kalam ingatan tidak dituruti,
Enggan patuh menunduk diri,
Terlupa nanti kitakan MATI,
Mana lagi mahu pergi,
Tempat kita di akhirat nanti,
Syurga neraka pilihan diri,
Bakal menghuni destinasi abadi.
Angah RAFIQAH
14.12.2010
5.45ptg
Posted by Kembara seorang INSAN at 18:19 0 comments
Sunday, 12 December 2010
Menjadi Tunang Orang Tanpa Kita Sedar?
Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?
JAWAPAN:
Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.
Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."
"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.
Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.
Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.
Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?
Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?
Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.
Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?
Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.
Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.
Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.
- Artikel iluvislam.com
- Artikel diolah dari ceramah Ustaz Azhar Idrus.
Posted by Kembara seorang INSAN at 09:13 0 comments
Muslimat Pencetus Muslimin Bertaqwa?
"Wanita yang secekal Asiyah dan Mariam selayaknya diangkat darjatnya diakhirat. Bayangkan apa yang berlaku dengan kecekalan dan sikap kuat beribadat yang ada pada Mariam? Akhirnya dari perutnya lahirlah seorang Nabi yang bakal meneruskan mata rantai perjuangan dakwah di bumi Allah." Imtiazsofea, jun 09.
Beberapa orang bertanya pada saya, "Apa yang imtiaz maksudkan dengan Muslimat pencetus muslimin bertaqwa?" Ada yang tertanya-tanya. Tapi semuanya hakikat.
Wanita itu punya kelembutan yang dikurniakan oleh Allah SWT.Oleh itu, pilihlah jalan berdasarkan akal untuk menggunakan kelembutan dan kasih sayang yang ada. Sama ada untuk melentur buluh mahupun mengeraskan besi sedia ada.
Percaya atau tidak, wanita lebih berkuasa dalam mendidik?
Wanita punya kuasa besar dalam memupuk sifat positif dalam diri kanak-kanak mahupun dewasa. Tapi sejauh manakah mereka menggunakan kuasa dan kelebihan ini kearah mardhatillah.
Asiyah zaujah Firaun, isteri Firaun. Rata-rata sudah mengenal Asiyah isteri si kejam yang berperangai syaitan iaitu firaun. Walaupun Asiyah bukanlah orang yang berjaya melentur firaun supaya menjadi manusia yang beriman dan taat pada Allah.
Tetapi atas kuasa wanitanya beliau mampu memujuk Firaun supaya menerima Nabi Musa sebagai anak angkat. Sedangkan semua tahu pada waktu itu, semua kanak-kanak lelaki akan dibunuh sebaik sahaja dilahirkan kerana salah seorang ahli nujumnya bermimpi kerajaan gah Firaun akan jatuh ditangan seorang lelaki pada masa hadapan.
(Dengan izinAllah) Mariam ibu nabi Isa, sejarah menyaksikan bagaimana kecekalan seorang wanita menerima takdir Allah yang meniupkan roh seorang nabi ke dalam rahimnya walaupun beliau tidak pernah disentuh mana-mana lelaki sekalipun. Tapi apakah yang berlaku ketika Malaikat Jibril turun kebumi menemuinya di Mihrab tempat beliau beribadat?
Beliau terima seadanya akan ujian dan takdir Allah buat kehidupannya. Anda fikir sejenak.. bagaimana beliau mendapat kekuatan untuk menerima takdir itu? Tidak lain dan tidak bukan hasil dan kesan kepercayaan penuh yang diberikan dirinya kepada Allah!
Zulaikha yang menggoda Nabi Yusuf. Masih ingat akan kisah yang diangkat darjatnya disisi Allah ini sehingga dinukilkan didalam Al-Quran kalamullah supaya menjadi pengajaran buat umat manusia?
Ya benar, Zulaikha isteri perdana menteri Mesir satu ketika dahulu nan cantik rupawan yang jatuh hati pada Nabi Yusuf yang mempunyai pakej lengkap seorang pemuda yang tampan lagi beriman.
Sehinggalah satu hari Zulaikha telah merayu Yusuf untuk melakukan perkara yang terkutuk disisi Allah. Yusuf yang mempunyai tingkat darjat taqwa yang tinggi disisi Allah telah menolak ajakan keji itu.
Baiklah , jadi untuk apa saya nukikan kembali kisah diatas disini? Adakah saya mahu memberitahu anda bahawa wanita-wanita diatas merupakan mereka-mereka yang ditulis namanya didalam AL Quran?
Tentu tidak! Lihat kembali kisah di atas. Dua kisah wanita beriman yang takutkan Allah dan 1 wanita yang berani membelakangi Allah dan berniat melakukan perkara yang hina disisi Allah.
Analisisnya mudah, semua wanita diberi kuasa dalam menilai samada perkara tersebut baik atau buruk buat dirinya.
Tetapi, apa yang ingin saya simpulkan berdasarkan kisah-kisah diatas adalah berkenaan wanita mempunyai kuasa yang hebat dalam melakukan sesuatu perkara tidak kira perkara positif atau negatif. Wanita yang secekal Asiyah dan Mariam selayaknya diangkat darjatnya diakhirat.
Bayangkan apa yang berlaku dengan kecekalan dan sikap kuat beribadat yang dilakukan Mariam? Akhirnya dari perutnya lahirlah seorang Nabi yang bakal meneruskan mata rantai perjuangan dakwah di bumi Allah.
Sangat perlu untuk kita lihat perkara ini sebagai satu penghormatan buat Mariam yakni wanita yang hidupnya hanya untuk Allah!
Kembali kepada Zulaikha isteri perdana menteri mesir satu ketika dahulu yang telah nekad melakukan perbuatan terkutuk bersama Yusuf tapi ditolak mentah-mentah oleh si pemuda berpakej iman dan akhlak itu.
Ya, masih lagi berkisarkan seorang wanita. Tapi bukan pada jalan kebaikan bahkan kejahatan.Adakah pada waktu itu Zulaikha tidak dikurniakan aqal untuk berfikir? Tentu tidak! Tetapi atas dorongan nafsu beiau terpedaya dengan ajakan syaitan yang dilaknat Allah.
Nah, terang bukan bahawa wanita itu merupakan pencetus kepada muslimin bertaqwa mahupun bukan. Jika si Ibu merupakan seorang pejuang, maka tak lain zuriat yang dilahirkan bakal menjadi seoang pejuang juga.
Tetapi jika siibu memilih jalan terkutuk untukmeneruskan kehidupan maka belum tentu anak yang dilahirkan itu bakal menjadi manusia yang berakhlak mulia ( dengan izin Allah).
Oleh itu wanita diluar sana... pilihlah jalan hidup anda secara berhati-hati! Jalan dan terhantuk baru nak terngadah.
Bentuklah akhlakmu semulia Mariam dan Asiyah sebelum kamu memberi pelajaran kepada orang lain.
Posted by Kembara seorang INSAN at 09:12 0 comments
Bagaimana Bidadarimu?
"Jangan engkau kahwini wanita yang enam; yang ananah, yang mananah, dan yang hananah, dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah." - Imam Al-Ghazali
Wanita Ananah:
Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau berpura-pura sakit.
Wanita Mananah:
Wanita yang suka mengungkit-ngungkit terhadap suaminya. Wanita ini sering menyatakan seperti; "Aku membuat itu keranamu"
Wanita Hananah:
Wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
Wanita Hadaqah:
Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
Wanita Baraqah:
1) Wanita yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya.
2) Wanita yang marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.
Wanita Syadaqah:
Wanita yang banyak bercakap perkara yang lagha (sia-sia) dan lagi membisingkan.
- Artikel iluvislam.com
Posted by Kembara seorang INSAN at 09:06 0 comments
Kita Sepatutnya
Hubungan cinta sebelum perkahwinan merupakan satu cabaran bagi pemuda-pemudi hari ini. Jika kita terjebak dengan perkara ini, kita mestilah berpegang kepada prinsip-prinsip yang betul dan takut kepada Allah (khauf Allah) kerana sudah pasti syaitan akan sentiasa menghasut kita untuk melakukan maksiat.
Kita sepatutnya bersyukur jika si dia :
* Menolak ajakan kita untuk keluar.
* Tidak selalu mengadu kesedihannya.
* Cemburu pada tempatnya.
* Mengajak kita untuk bertahajud.
* Mengajak kita menutup aurat dengan sebenar benarnya.
* Mengingatkan kita atas dosa-dosa yang kita tidak sedari.
* Mengajak kita untuk berkahwin jika sudah mampu.
* Menahan dari melafazkan kata-kata cinta yang tidak hak kepada kita.
Kita tidak sepatutnya bersyukur jika si dia :
* Mengajak kita keluar ditengah malam semalaman.
* Mengadu pada setiap saat sehinggakan terluka 2 cm pun mahu mengadu.
* Cemburu buta sampaikan marah walaupun sedikit.
* Mengajak kita ke majlis-majlis maksiat.
* Bangga dengan pakaian ketat yang terdedah kita.
* Mengajak kita membuat dosa.
* Menangguh pernikahan semata-mata untuk mengejar kesenangan dunia.
* Selalu melafazkan kata-kata cinta setiap hari.
- Artikel iluvislam.com
Posted by Kembara seorang INSAN at 09:05 0 comments
Monday, 10 May 2010
Hakikat bukan !!!
Buka mata bersama nafas yang dibekalkan DIA...
Bergerak untuk berbuat sesuatu menggunakan tangan dan kaki semua kudrat pinjaman dariNYA...
Berfikir hasil anugerah akal yang dihadiahkan dariNYA...
Demi untuk menyatakan kehendak dan mengkhabarkan perasaan, kita gunakan mulut dan hati bukan??? mata,hidung,lidah,jari,seluruh yang ada pada kita sekarang sebenarnya bukan milik kita bukan??
Perasan atau tidak!! kita hanya meminjam dari DIA yang Maha Pengasih,Penyayang..
Semua itu bukan milik kita tapi milik DIA...
Kita miskin papa kedana, tidak punya apa, apa yang ada semua hasil ehsan dan kasih dariNYA...
Tak malukah kita??? berbuat yang tidak baik dan tidak menjaga sebaiknya barang yang kita pinjam?? Sanggupkah kita pulangkan kembali barang yang hampir rosak? dengan sengaja merosakkannya!!! Bagaimana mungkin begitu???
Mata...banyak memandang yang ma'asi, tidak kita jaga pandangan kita..sehingga tergerak pada hati dan akal untuk berbuat yang tidak baik juga...melihat orang berpakaian sedikit "advance"..hati berkata..erm, cantik juga pakai begitu, baru up tu date...maka akal yang agak waras itu pun bertindak mengikut kehendak hati tanpa kita lampirkan dengan pertimbangan ILMU...
Manusia seperti kita memang mudah lupa..ya lupa!!! Lupa ! anggota badan yang cantik solid molid,dibuka sana sini, ketat depan belakang atas bawah...kita tayangkan pada yang bukan haqnya...barang yang kita pinjam jika tidak dijaga dengan baik, ianya rosak dan pasti kita rasa malu hendak pulangkan kembali pada tuannya.. kalau kita ada duit, ya betul kita boleh ganti... kalau pinjam pen,buku...memang mampu ganti hanya sekecil itu nilainya..tapi kalau pinjam kereta,rumah, mampu?? kalau dah rosak nak ganti sebagaimana asal yang kita pinjam?? kalau tuannya panas baran mahu bergaduh tak pun bermusuh dan berbunuh... kalau tuannya baik bertolak ansur ,alhamdulillah..
TAPI tak akan dapat bersaing dengan TUAN BESAR "ALLAH" sangat Rahmah dan Penyayang. Walau hambaNYA berbuat dosa dan melupakanNYA masih lagi diberi nafas untuk hidup, masih lagi diberi nikmat mata untuk melihat, masih lagi diberi pendengaran, masih lagi ada nikmat merasa dan menyentuh...masih lagi kita boleh bercakap..masih lagi..masih lagi..masih lagi seribu nikmat dan rahmat yang ALLAH hantar dan hadiahkan buat hambaNYA yang berdosa..Lihat betapa kasihnya ALLAH pada hambaNYA..apa yang kita balas????? DOSA !!!! Lupa dan masih alpa leka dengan dunia yang penuh tipu daya..
Hakikatnya begitu bukan??? Buktinya !!! Cuba hitung dosa-dosa kita?? Mampu hitung?? Tolak dengan
amal baik yang kita buat?? Banyak dosa atau pahala amal yang kita buat?? Aduhai, insan lemah seperti saya pasti dosa lebih banyak dari pahala... Kalau kalian tidak tahu pula??? Tepuk dada tanya iman?? Dan sekarang seluruh pancaindera yang ALLAH pinjamkan masih kekal berfungsi dengan baik bukan??? kalau ada pun lemah fungsinya...itulah "signal" ALLAH beri bagi insan yang mahu berfikir!!! Hujung tulisanku.. hanya kalam pendek inginku seru buat diri dan jua buat kalian...
AYUH kita BERTAUBAT sebelum terlambat !!! Banyak sudah kelalaian yang sudah kita buat dalam masa yang telah berlalu.. detik,saat,minit,jam,hari,tahun ...inilah masa berbaki buat kita !!! yang entah bila bakal menjemput kita untuk menemui DIA menuju destinasi abadi yang hanya ada pilihan SYURGA atau NERAKA..mana pilihan kita ???
Doakan saya untuk berubah lebih baik dari hari ini...Kita perlu rasa malu pada ALLAH setiap masa dan ketika kerana DIA sentiasa ada dengan kita ketika ramai atau sunyi.. Maafkan daku wahai teman..
Insan Yang Mengharapkan AmpunanMU YA RAHMAN YA GHAFFAR YA A"ZIM...
NUR RAFIQAH KHAIRI
1.07pg - Isnin-
Posted by Kembara seorang INSAN at 21:57 0 comments
Friday, 7 May 2010
Hati yang bergembira dan bersedih...
" InsyaAllah kembara diri perangi nafsu yg menggila dlm mencari keredhaanNYa dan kasih sygNya..hidayah dan taufikNya dipinta tanpa segan silu walau diri masih kotor dgn najis dosa,,bkn selamanya ingin begini tp usahalah berubah selagi hidup didunia dlm mencari cintaNya yg maha agung. "
Hampir luruh manik-manik kecil di tubir mata ini tatkala membaca kiriman doa ini..tahu kenapa? rintihan dari seorang insan yang kini aku makin mengkaguminya..dulu dia sukar mendengar celoteh dan nasihatku..tapi inilah namanya Hidayah..Pabila telah dicampakkan ke nubari, berdoalah agar ia tidak lari, biar kemas di lubuk hati, moga bersinar menyinari hari.
Inilah hidup putaran yang tiada henti, terkadang kita diatas, terkadang kita dibawah, begitu jua iman yazid wa yanqus = naik dan turun..maka pintalah padaNYA, TUAN PEMILIK hati, yang berhak membolak balikkan hati,pintalah padaNYA.. ditetapkan hati ,agar sentiasa berada dalam ketaatan padaNYA. Tunduk dan patuh pada arahan dan perintahNYA.Sentiasa mencari peluang kebaikan dalam memburu kecintaan padaNYA dan RASULNya.
Biarlah insan-insan yang berada disekelilingku sentiasa dibekalkan hidayah dan petunjukMU, agar kami tidak tenggelam dalam melayari bahtera kehidupan yang makin karam dek kejahilan yang berselirat.Aku rindukan suasana tarbiyah..aku mahu melangkah dalam suasana tarbiyah. Akhlak,jiwa yang terdidik dengan iman dan taqwa yang menggunung.Walauku tahu banyak lagi kelemahan diri dalam melawan nafsu yang menggila.
Ya ALLAH..jadikan aku, keluargaku, saudara maraku. guru-guruku, teman-temanku, jiran-jiranku, insan-insan yang ku sayangi serta seluruh umat ISLAM berada dalam naungan kasih dan sayang MU, sentiasa menjadi hamba yang taat, hamba yang bersungguh dalam mendamba cinta padaMU dan RASUL MU.
Ya ALLAH anugerahkan aku teman seiring sejalan yang sangat memahami,sama-sama bercita menuju jalan akhirat dan boleh menerima aku apa adanya.
Pandanglah pada diri,
tiada apa pada kita,
semuanya milik ILAHI,
kita miskin papa kedana.
Hidup hanya sebentar cuma,
entah bila dijemput pergi,
bersediakah kita menemui DIA,
tika diri masih begini?
Menangislah wahai diri,
kenangkan dosa yang banyak ini,
ampunkan kami wahai ILAHI,
terimalah kami, kasihani kami.
Jom kita sama-sama perkasakan diri dengan amal islami..ALLAH HU AKRAM, dengarlah rintihan ini.
Posted by Kembara seorang INSAN at 22:11 0 comments
Thursday, 29 April 2010
Hamba yang berputus asa..
Seringkali perasaan putus asa menghambat kita.Ianya datang ketika sesuatu hajat tidak tercapai dan merasa lelah dengan usaha yang tidak berbaloi lantas,menjadikan kita selalu berlambat-lambat dalam menyelesaikan urusan,pendek kata tiada semangat..Tika ini kita rasa tiada makna hidup..boleh begitu???
Sebenarnaya kita hampir terlupa,kita ada ALLAH..yang tidak pernah lupakan hambanya..yang sentiasa rahmat dan rahman pada hambanya..yang sentiasa ehsan pada hambanya..Kita yang selalu lupa diri!!! Hidup yang tiada matlamat sering akur dengan kehendak nafsu yang terikat dengan tali syaitan...Kita selalu menjadi taruhan dalam perlawanan hawa nafsu akhirnya kalah tersungkur dek kerana iman senipis kulit bawang..betapa hari ini terlalu banyak kita melupakan TUHAN dalam banyak detik.
Bila kecewa dan putus asa hadir dalam diri lekas2 peringat diri agar tidak menyesal kemudian hari. Manusia itu memang mudah rasa lemah dan putus asa, sebab itulah kita perlu ada matlamat dan sasaran dalam hidup. Hidup berTUHAN..bukan Hidup Bersetan..
Tika lemah menjengah....
Kita lantas muhasabah diri,
hidup hanya untuk DIA ILAHI RABBI,
agar kekuatan itu hadir kembali,
meniti sebuah perjalanan yang diredhai.
Kalau hidup untuk makhluk,
jadi kita tak terbentuk,
sering tengadah dan terhantuk,
lupa diri buat tak elok.
Lihat SOLAFUSSOLEH...
Sering menangis menginsafi diri,
hidup berTUHAN matlamat diri,
jiwa diserah hanya untuk ILAHI,
walau susah kasih ILAHI tidak bertepi.
Orang-orang yang cinta akan ALLAH...
Hidup mereka selalu bahagia,
ALLAH sebagai cinta utama,
yang lain sampingan saja,
merasa diri tidak punya apa.
Berputus asa ada penyelesaiannya.. Kembali lah pada DIA yang memberikan segalanya.. Baik buruk hadiah dariNYA...Tanda kasih buat hambaNYA...ALLAH tidak lupakan kita..Tapi kita yang sering alpa..Jangan suka alasan dibina..Nanti kita juga yang merana..Ingatlah ALLAH dalam setiap ketika..Sebagai ubat hati derita..ALLAH sayangkan hamba-hambanya..Kita perlu lebih mencintainya..
Wahai teman sekalian, rahmat ALLAH maha luas, terbentang buat seluruh hambaNYA.Kita perlu manfaatkannya, agar tidak menjadi manusia rugi di akhir duniawi. Janganlah mudah lupa diri dan putus asa..kita ada ALLAH tempat bergantung lagi berharap serta bermanja..ALLAH itu lebih tahu apa yang dikehendaki hambaNYA, kerna DIA yang menjadi dan menghidupkan kita..Sungguh benar, CINTA ALLAH tidak bertepi. AYUH tagih CINTA ALLAH..wahai diri berubahlah,jangan cepat berkeluh kesah..ALLAH sentiasa ada bersama kita.. :) ALLAH HU AKRAM .. ALLAH HU HAQ ..
Posted by Kembara seorang INSAN at 16:21 0 comments
Sang KEMBARA
Beertinya TIKA itu...
Bicara Bisu
Ini yang mampu ja...
Menjelajah teratak ILMU...
-
ZIKRAYAT EPISOD 6 - ZIKRAYAT EPISOD 6 (Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya saya di Kuala Lumpur) Nama penyampai dan penerbit radio ...4 years ago
-
WAKAF WANG TUNAI - *Soalan;* ustaz, jika kita memberi wang dengan niat wakaf, iaitu wang itu dilaburkan, kemudian keuntungannya disalurkan kepada fakir miskin atau mana-mana...6 years ago
-
Syeikh Nawawi Marfu` - Pada tahun 1435 hijriyah negeri Nusantara merasa sedih sebab wafatnya seorang ulama besar yang dengan kewafatannya sanad di nusantara turun satu derajat...9 years ago
-
Kata Tun Mahadir Hudud Tidak Wujud Dalam al-Quran - Salam, ustaz baru-baru ni heboh pasai Tun cakap hudud tak wajib ke atas orang Islam sebab tiada dalam al-Quran katanya hanya kata-kata ahli fiqah saja. A...10 years ago
-
Amalan Puasa sebagai Pengubat Jiwa - Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah s.w.t untuk menterjemah risalah yang ditulis oleh Imam al-Ghazali (wafat pada 505 H) yang merupakan petikan dar...12 years ago
-
Debat .. Islamikkah Ia ? - Sudah lama saya tidak menulis di dalam laman ini. Ya, bukan sudah tapi sangat lama. Menulis perlukan tumpuan.Jika ingin menulis tentang resepi masakan pun...12 years ago
-
Lama Betul Tidak Menulis - Sangat lama saya tak menulis di dada blog ni.. Macam-macam perkara yang membuntuti saya sehingga tidak dapat mengaktifkan blog peribadi.. Harap lepas ni sa...12 years ago
-
2 Program Mega Dihadiri Rakyat Negeri Sembilan - 15 Januari 2012 adalah detik bersejarah di Negeri Sembilan. Bagi saya secara peribadi dua 'Program Mega' pada tarikh dan waktu yang sama benar-benar mengu...12 years ago
-
Allah Wujud Tiada Bertempat.. - Syeikh Muhammad Mutawalli as-Sya'rawi Rahimahullah seorang mufassir agung mensyarahkan ayat; وهو الذي في السماء إله وفي اﻷرض إله – الزخرف:84 Maksudnya ...14 years ago
-
Pengumumuan berpindah ke KISWAH 'Terapi Ruqyah Syariyyah' - Assalamualaikum kepada semua... Alhamdulillah dengan izin Allah Taala dan keberkatan Nabi Muhammad SAW serta guru-guru saya akhirnya saya diberi petunjuk o...14 years ago
-
-
-
-
Jom Jelajahi....
-
Pengalaman beli rumah (Siri 4) - Assalamualaikum. Segala puji bagi Allah dipanjatkan. Maha Pemberi rezeki,Maha Merancang dan Maha Mengetahui. Sungguh banyak ujian di usia menginjak 39 tahu...5 months ago
-
SWAB PCR COVID-19 - .- SWAB PCR COVID-19 .- . . Sahabat Ananda,, salam sehat selalu… . . RSU Ananda Purwokerto menyediakan SWAB PCR COVID-19, untuk memudahkan pasien. Layanan ...4 years ago
-
Ayah tak suka, tapi anak minat pula. Kenapalah wahai anakku? - Selepas selesai solat berjemaah dengan anak di rumah, terjadi dialog tak disangka. "Ayah, along nak baca ni. Ayah ajarlah along." "Ayah cepatla ajar a...9 years ago
-
Terima Kasih HKKB - Enam bulan selepas kelahiran Aira, saya sudah mula terfikir hendak hamil lagi kerana pengalaman membesarkan anak bagi saya amat menyeronokkan walaupun kada...9 years ago
-
Kerana menggunung RINDU padanya. . . - Sungguh sangat tak tertanggung rindu ini. Rupanya beginilah rindu. Anugerah ALLAH buat diriku rasa dan jamahnya. Allahu Akbar. Allahu Akbar. Allahu Akba...9 years ago
-
Jual Membran Ro Bandung - Jakarta - * Jual Membran Ro Bandung - Jakarta* [image: Jual Membran Ro Bandung - Jakarta] *MANFAAT AIR HASIL PENGOLAHAN MENGGUNAKAN SYSTEM REVERSE OSMOSIS (RO) * ...9 years ago
-
Genap 5 tahun permergian mu anakanda 'Ammar - Syukur kehadrat Illahi yang memberi kita peluang untuk bernafas dan dapat duduk muhasabah diri akan kekurangan dan apa yang perlu di tambah agar dunia in...10 years ago
-
Setelah setahun lebih tidak "update" - Assalamualaikum semua... kira-kira sudah setahun lebih rasanya tidak mengemaskini blog ini. Blog ini saya telah bina ketika di Mesir. Entah macam mana teti...11 years ago
-
Menutup aurat bukan sekadar bertudung - Fenomena baharu sejak kebelakangan ini apabila ramai dari kalangan artis, selebriti mula memakai tudung selepas ‘puas’ berada dalam bentuk *free hair*. Ga...12 years ago
-
::..Kasihmu Ya Rasulullah s.a.w..:: - *DETIK-DETIK TERAKHIR KEWAFATAN RASULULLAH S.A.W * Daripada Ibnu Mas'ud r.a., bahawasanya dia berkata: "Ketika ajal Rasulullah saw sudah dekat, baginda m...12 years ago
-
Mencari Peluang... - Saya akan ke Perth. Tak pasti sama ada kunjungan ini menawarkan ilham dan momentum dalam diri. Saya mahu menulis dan menjadikannya kerjaya. Terfikir, s...13 years ago
-
BERPINDAH BLOG - SALAM... MAKLUMAN BUAT SELURUH PENGUNJUNG BLOG SAYA. SAYA TELAH BERPINDAH KE ALAMAT INI; http://sammaituhanajwaonline.blogspot.com14 years ago
-
-
Anda juga pemimpin.. - Bismillah walhamdulillah Alhamdulillah ada ruang utk ana menulis buat kali ni..alhamdulillah kuliah sudah bermula,aktiviti semakin rancak..pengajian,persa...15 years ago
-