Friday 12 June 2009

Demimu anak didikku


entri kali ni cerpen rekaan ku yang pertama kali... banyak salahnya..
almaklum, tak reti..tapi tetap mahu mencuba, kita kena belajar dari silap kan.... :)



“Anis jangan buat cam tu, jangan ibu cakap, iskhh ibu kata jangannnnnnnn….”
prappppppppp.........libasan yang amat menyakitkan hinggap ke pehaku lantaran tidak mahu menurut kata ibu. Namun tangisanku tiada, walau sakitnya tidak tertahan olehku, sikap ego dan benciku terhadap ibu kian memuncak bahkan terasa di dalam hati, inginku membalas kembali pukulan ibu tadi.

“Ahhhh… biarkan satu masa nanti bilaku sudah besar aku pasti membalas atas segala perbuatan ibu terhadapku” jerit hati Anis berbaur dendam lalu berlalu meninggalkan ibunya bersendirian tanpa sepatah kata.

“Tanggal 27 Februari 2008 tragedi kemalangan yang amat mengerikan berlaku ke atas sebuah keluarga yang dalam perjalanan bercuti ke Pulau Dungun, Terengganu. Mangsa yang terselamat hanya seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dan ibunya Khalidah Iman Bt. Ahmad yang hanya mengalami cedera ringan. manakala mangsa yang lain Mohd Khalil B. Azman 45 tahun, Mohd Aiman B. Mohd Khalil 15 tahun dan Nur Athirah Bt. Mohd Khalil 8 tahun meninggal di tempat kejadian.” Keratan akhbar Utusan Malaysia berusia hampir setahun yang masih di simpan oleh Anis sekaligus meragut atma dan jiwa kanak-kanak periang miliknya.

Di sekolah, Anis bertukar pasif dan sering melanggar arahan dan disiplin sekolah. Anis memang sudah jauh berubah. Perubahan sikap Nur Anisah Bt. Mohd Khalil telah menarik perhatian Ustazah Syafiqah. Ustazah Syafiqah adalah guru Pendidikan Islam yang baru sebulan mengajar di sekolah itu sebelum kejadian kemalangan keluarga Anis berlaku. Perubahan Anis telah membuat jiwa dan amanah seorang guru padanya tercabar dan tercalar. Bagaimana mungkin dia boleh berdiam diri dengan perubahan sikap yang hampir sebati dalam diri anak didiknya itu. Lalu Ustazah Syafiqah mengambil langkah mendekati Anis.

“Assalamualaikum Anis. Waalaikumussalam, ooo Ustazah, kenapa?.” Jawab Anis sambil memalingkan wajahnya kepada Ustazah Syafiqah.

“Tak da apa, Ustazah saja nak tegur Anis, dari tadi Ustazah tengok Anis asyik termenung jer, aiii termenung kan apa lah agaknya ya? sapa Ustazah Syafiqah sambil tersenyum.

“Eh, tak da apalah Ustazah, saja saya duduk sini sorang-sorang, seronok pulak tengok permandangan sekolah ni, cantik, tenang, aman ermmm, tak seperti saya…..ok lah Ustazah, Anis pergi dulu lah ada kerja sikit.” Anis terus berlalu tanpa mengendahkan panggilan Ustazah Syafiqah

Kedengaran hingar bingar kelas 5 Berlian dari jauh atas keterlewatan Ustazah Syafiqah memasuki kelas itu. Namun sebaik Ustazah Syafiqah tercegat di depan pintu, seisi kelas
5 Berlian terus senyap bagai tersampuk dek hantu. Lantas semuanya bangun untuk mengucapkan salam hormat pada Ustazah Syafiqah kecuali Anis yang masih termenung seolah tidak sedar apa yang berlaku di sekeliling.

“Anis.. Anis.. Anis..” lantas Ustazah Syafiqah menggoncang bahunya.

“Tidakkkkkkkkkkk…” jerit Anis sehingga mengejutkan Ustazah dan sahabat-sahabat sekelas yang lain.

“ Anis, Anis apa yang tidak ni??? ” lembut bicara Usatazah Syafiqah

“ eh, eh tak da apa lah Ustazah, saya mintak maaf.”

“ Anis tak sihat ke? Kalau tak sihat, Ustazah hantarkan ke bilik sakit nak?”

“ Tak nak, tak nak, Anis sihat lah Ustazah, kan Anis dah mintak maaf.” pinta Anis sedikit marah.

“ Baiklah, kalau macam itu tak mengapa lah, kita teruskan pelajaran kita hari ni ya kelas..” beritahu Ustazah Syafiqah pada kelas 5 Berlian sambil matanya melirik pada Anis yang mengangguk lemah.

Sepanjang satu jam Ustazah Syafiqah berada di dalam kelas itu, sekali sekala sahaja Anis memberi tumpuan terhadap pembelajaran yang sedang di ajar. Bukan hari ini saja Anis berkelakuan demikian, malah hari- hari dan bulan- bulan sebelumnya, nyatanya! selepas Anis kehilangan orang-orang yang tersayang dalam keluarga, Anis telah banyak berubah, tidak seperti Anis yang dahulu periang dan bijak budaknya. Cuma sejak kebelakangan ini perubahan Anis itu sudah ke tahap yang amat membimbangkan Ustazah Syafiqah dan guru-guru yang lain. Anis lebih suka bersendirian tanpa teman, banyak termenung dan mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar lantas jawatan pengawas yang disandangnya.

“Anis.. Anis, mengapalah sampai begini jadinya, apalah hakku untuk membawa Anis jauh dari duninya hari ini, apalah dayaku,” keluh sayu hati Ustazah Syafiqah.

“Ya! Aku juga seorang guru punya amanah yang menggunung terhadap anak didikku. Aku juga Ibu kepada anak didikku. Itulah hak dan kuasaku! Takkan ku biarkan anak didikku terkapai tanpa bimbingan dan teguran. Demimu anak didikku, dan demimu Anis akanku usahakan sepenuh kudratku untuk membawa kalian keluar dari kepompong kejahilan dan kelesuan agar hari depan kalian bisa lebih terang berbanding diriku.” Tegas nubari Ustazah Syafiqah berlagu sendu.

Ustazah Syafiqah tidak langsung berputus asa mendekati Anis walau banyak kali dicubanya. Perbualan antara mereka tidak pernah sampai ke penghujungnya. Anis sering melarikan diri dan paling tidak pun, Anis akan menukar tajuk perbualan diantara mereka. Dan kali ini Ustazah Syafiqah akan pastikan dapat menyelami jiwa seorang Anis dan cuba memahami lebih mendalam apa yang bermain di dalam cepu fikirnya.

Sebelum itu Ustazah Syafiqah perlu bertindak lebih bijak lagi kali ini. Dia perlu menghubungi ibu Anis dahulu untuk mengetahui bagaimana kelakuannya di rumah. Lantas Ustazah Syafiqah segera mencari rekod peribadi Anis dan terus menghubungi ibu Anis, Kak Khalidah.

“ Assalamualaikum, boleh bercakap dengan Kak Khalidah? ”

“ Ya, saya bercakap, ni siapa ya? ”

“ Aha..saya Ustazah Syafiqah guru di Sekolah Anis. Kak sihat? ”

“ Alhamdulillah sihat. Ustazah, Anis buat hal lagi di sekolah? Apa kesalahan Anis, Ustazah?" suara Kak Khalidah sedikit gusar.

“ Sabar Kak. Macam ni, saya ingat nak jmpa Akak. Akak ada di rumah tengah hari ni?”

“ Ada. Silalah Ustazah ke teratak buruk saya dan Anis. InsyaAllah saya tunggu Ustazah.”

“ Baiklah, nanti kita jumpa ya. Assalamualaikum ”

“ Waalaikumussalam Ustazah.” seakan ada getar hiba di hujung suaranya.

Pagi itu, Ustazah Syafiqah melihat saja Anis dari jauh, dalam nubarinya seakan berbisik ke telinga anak didiknya itu, “Anis, Ustazah akan cuba bantu kamu keluar dari daerah kebuntuan itu, moga dikau kuat menghadapi tribulasi anugerah Allah buatmu.” tanpa diduga empangan yang lama ditahan, akhirnya jatuh jua dari tubir mata milik Ustazah Syafiqah. Entah mengapa pagi itu terasa ada sesuatu yang amat memilukan dan meruntun jiwa penyayang seorang pendidik sepertinya.

Selepas mendapat kebenaran pengetua sekolah, Ustazah Syafiqah bergegas keluar dari perkarangan sekolah dan terus menuju ke destinasi utamanya. Tepat jam 12 tengah hari Ustazah Syafiqah telah sampai ke teratak milik Anis dan ibunya. Ternyata Kak Khalidah sedang menunggu kedatangannya dan disambut mesra olehnya. Namun dari lirik wajah ibunya seakan dapat di kesan penderitaan berat yang di hadapi.

“ Maaf kak, saya ganggu akak waktu tengah hari begini. Ini saja waktu kosong saya. Sengaja saya pilih waktu persekolahan, supaya saya tidak bertembung dengan Anis.”

“ Eh, tak mengapa Ustazah, saya yang patut berterima kasih dengan Ustazah sampai sanggup berkunjung ke teratak buruk kami. Sebenarnya Anis dah seminggu tak pulang ke rumah, dia…dia…dia…bencikan saya….” terang Kak khalidah tanpa dipinta sekaligus merembeskan setitik dua titik manik putih dari tubir matanya.

“ Apa??? Anis bencikan kak? Tapi kenapa? Ya Allah, macammana sampai boleh jadi macam ni kak?” Abis tu Anis duduk di mana? Ustazah Syafiqah juga tidak tertahan mendengar keluhan hati seorang ibu, dia seakan memahami jiwa Kak Khalidah.

Kak Khalidah menjawab dalam linangan dan sendu tangisannya. “ Ustazah, sebenarnya saya sendiri tidak pasti mengapa Anis terlalu bencikan saya, Cuma apa yang pasti dia selalu mengulang kata yang sama apabila saya cuba mendekatinya, Anis bencikan Ibu.. Anis bencikan Ibu, pergiiii…. Dia anggap seolah-olah saya punca….punca… kemaaaaatian abah, abang dan adiknya Ustazah. Tolong saya Ustazah, saya rindukan Anis yang dahulu, dia benar-benar sudah berubah. Saya sedaya upaya menjelaskan keadaan sebenar, tapi dia tidak mahu mendengarnya.Sudah berbulan lamanya kami begini dan sudah seminggu dia menginap di rumah ibu mertua saya. Kalau dia duduk di rumah pun mana mahu dia berbicara dengan saya Ustazahhh..” jelas panjang lebar Kak Khalidah, sambil air matanya yang tidak berhenti sedari tadi.

Ustazah Syafiqah amat bersimpati dengan nasib Kak Khalidah. Tidak disangkanya Anis tega berkelakuan sedemikian pada seorang Ibu yang melahir dan membesarkannya dengan jerit payah. Aduh, seakan dia menjiwai nubari seorang ibu seperti Kak Khalidah yang sarat dengan keperitan dan kepedihan untuk ditelan berseorangan. Bagai tiada kata untuk dilontarkan dan seakan terkunci butir bicara buat penenang jiwa si Ibu derita. Arghhh…tak ku sanggup membiarkan Kak Khalidah menangis dalam sendu yang berterusan.

“ Kak, sabar ye kak. Ini semua dugaan Allah. Akak dipilih untuk diuji sebegini kerna Allah tahu, akak mampu dan layak untuk berhadapan dengan kenyataan ini. Buktinya hingga saat ini akak masih bertahan walau dengan seribu kepayahan. InsyaAllah, saya akan cuba bantu akak meleraikan kekusutan ini dan membawa Anis yang dulu kepada akak. Apa yang penting akak perlu teruskan kesabaran dan sentiasa munajat pada DIA yang Maha Rahmat dengan petunjuk dan pertolongan.Moga-moga dengan berkat doa seorang ibu saya yakin satu hari nanti Anis pasti berubah bahkan dia akan jadi lebih baik dari yang dulu ye kak.” ternyata pujukan itu mampu meredakan suara tangisan si ibu derita. Ustazah Syafiqah sedikit lega walau dalam dirinya sendiri bercampur dengan seribu perasaan untuk berhadapan sendiri dengan Nur Anisah Bt. Mohd Khalil setelah mengetahui perihal sebenar.

Pertemuan itu diringi dengan seribu pengharapan. Mereka bersalaman dan berpelukan erat dalam sendu tangis yang sukar untuk dimengertikan. Namun sebelum usai, Ustazah Syafiqah sempat meminta izin untuk membawa Anis bercuti bersamanya beberapa hari pada cuti sekolah yang akan bermula sehari selepas itu.

Ustazah Syafiqah terus pulang ke rumahnya. Entah mengapa malam itu, matanya terlalu sukar untuk dilelapkan. Sehingga malam merangkak pagi, dia makin diburu perasaan yang bercampur baur. Terlalu sukar untuk digambar, apa yang bakal berlaku esok??? Ada sesuatu yang bakal menyuntik sukma di jiwanya.

Suara gembira pelajar kedengaran, apabila loceng terakhir waktu persekolahan berbunyi, menandakan bermulanya cuti persekolahan selama 2minggu. Di kesempatan itu, Ustazah Syafiqah segera mendapatkan Anis.

“ Anis, boleh Ustazah jumpa awak sekejap? ”

“ Maaf Ustazah, saya nak jumpa Fatin di Kantin. ”

“ Kamu jangan tipu Ustazah, Fatin sudah mula bercuti dengan keizinan.”

Anis kelihatan terjerat dengan helahnya sendiri kali ini.Namun dia cuba untuk meloloskan dirinya buat kesekian kalinya, namun berjaya dihalang pantas oleh Ustazah Syafiqah sambil mengejap kemas bahunya.

“ Anis, mengapa kamu membenci ibumu sendiri ??? ”

Soalan itu bagai tertampar di wajah mulus gebu Anis. Dia terdiam lantas terdongak kepalanya memandang Ustazah Syafiqah dengan wajah yang bengis dan mata yang terjegil sambil menjerit “ memang Anis benci Ibuuuuu”. Astaghfirullah hal a'zim, kenyataan ini membuatkan Ustazah Syafiqah seolah hilang pertimbangan, lalu ditarik perlahan Anis menuju ke Perodua miliknya.

“ Ustazah nak beritahu kamu sesuatu, kamu wajib ikut Ustazah kali ini tanpa dolak dalik lagi. ” tegas Ustazah Syafiqah kali ini.

arghhh… bentak Anis di dalam hati, kali ini dia akur dengan usaha Ustazah Shafiqah untuk cuba mendekatinya telah berjaya. Dengan keterpaksaan, Anis menurut sahaja kemahuan Ustazah Syafiqah tanpa sebarang pertanyaan. Di dalam kereta Anis banyak berdiam diri dan menjawab persoalan yang mana perlu sahaja.

Hampir 5 jam perjalanan, akhirnya tiba di Kampung Padi, Kedah tempat kelahiran Ustazah Syafiqah. Di teratak itu, sunyi tanpa suara namun kehijauan bendang yang berada di hadapan mata begitu menggamit kedamaian di jiwa.

“ Anis, mari masuk ke dalam.” sapaan lembut Ustazah Syafiqah kepada Anis yang sedang keralitan.

“ Ya, ya…ermm Ustazah, mana mak ayah Ustazah? ” Ustazah Syafiqah hanya tersenyum tanpa menjawab persoalan itu.

Setelah semalaman berehat dan menunaikan tuntutan yang wajib sebagai seorang muslim, kelihatan hari ini adalah hari yang ceria buat Anis, sekian lamanya senyuman itu tidak terpamer di wajah mulus gebu milik Anis. Anis kelihatan bahagia disini. Ustazah Syafiqah mula menjerat Anis dengan senyuman dan sapaan.

“ Anis seronok di sini? ”

“ Ya, sangat seronok, tenang dan damai.”

“ Alhamdulillah, ermm…Ustazah mintak maaf banyak-banyak sebab bawa Anis ke sini dengan paksaan. Sebenarnya, Ustazah telah minta izin terlebih dahulu pada Ibu Anis.” penjelasan itu membuatkan Anis terdongak seketika lantas tertunduk kembali dengan seribu tanda tanya.

“ Dan sekarang Ustazah perlukan penjelasan dari Anis, kenapa? ”

Dalam lambat Anis bersuara juga, ada nada sendu di corong suara itu..“ Ibu yang menyebabkan kematian abah, abang dan adik.. Anis benci Ibu… Anis kehilangan mereka dalam sekelip mata Ustazah. Ibu yang beriya ajak kami sekeluarga pergi bercuti ke Pulau Dungun. Dia yang memandu ketika kejadian. Ibu tak berhati-hati, Ibu tak sayang mereka. Ibu pandu laju. Anis benci Ibuuuu… ” suara tangisan Anis semakin kuat menandakan derita jiwanya kehilangan insan-insan itu.

“ Tapi betul ker Anis benci sangat-sangat pada Ibu? Mengapa Ibu perlu dibenci? Ini semua bukan salah Ibu, Ibu pun tak sanggup kehilangan mereka. Ibu yang membesarkan abang dan adik, ibu juga sudah lama hidup bersama abah. Mana mungkin, Ibu tidak menyayangi mereka. kalau betul Anis marah pada Ibu bermakna Anis marah pada Allah sebenarnya. Allah yang mencaturkan segalanya.”

“ Berdosa hukumnya tidak redha dengan ketentuan Allah. Lagi berdosa membenci dan melukai hati seorang Ibu yang begitu payah membesarkan kita.” Anis, kita tiada hak untuk menghukum sesiapa di atas apa yang berlaku, Allah lebih berhak Anis. Allah lebih berhak Anis. ” empangan yang lama di tahan akhirnya gugur juga dalam pelukan erat Anis. Anis seakan patuh dan boleh menerima teguran Ustazah Syafiqah.

“ Mintaklah ampun pada Ibu, janganlah menyakiti hatinya lagi Anis. Ibu Anis sudah banyak menderita dengan kedegilan Anis beberapa bulan ini. Dia amat rindukan Anis. Kembalilah Anis pada Ibu yang masih setia menanti kepulangan Anisnya yang dahulu.”

“ Baik Ustazah , terima kasih banyak atas segalanya Ustazah. Mulai saat ini Anis akan kembali kepada Anis yang dahulu dan akan sentiasa mengingati pengorbanan dan nasihat Ustazah ini. InsyaAllah.” seakan ada semangat dan sinar baru di wajahnya walau masih dalam nada sendu.

“ Anis sayang Ustazah Syafiqah dan Anis juga sayang Ibu. Sekarang Anis sudah ada 2 Ibu.” senyum Anis tanda gembira dan masih erat dalam pelukan Ustazah Syafiqah.

Tiba-tiba pelukan erat itu terlerai, sambil menatap wajah Ustazah Syafiqah, Anis bertanya penuh pengharapan, “ di mana mak dan ayah Ustazah? ”

Ustazah Syafiqah tetap tersenyum walau rasa hiba bertandang dalam nubarinya.
“Mak dan ayah Ustazah sudah 10 tahun meninggal dunia. Ustazah anak tunggal.”
Mahu saja Ustazah Syafiqah menceritakan segalanya, namun biarlah keperitan itu ditanggungnya bersendirian. Apa yang penting sekarang Ustazah Syafiqah telah berjaya mengembalikan Anis yang periang dahulunya.Alhamdulillah syukur di dalam hatinya.

0 comments:

Template by : kendhin x-template.blogspot.com