BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, 2 December 2009

Kesaksian sepasang MATA...



Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah , menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi dia berkeras membantah. "Tidak. Demi langit dan bumi sungguh ia tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu"." Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu kelembah dosa", jawab Malaikat.Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya ia tidak menjumpai seorang saksi pun yang sedang berdiri.

Di situ hanya ada dia sendirian. Maka dia pun menyanggah,"Manakah saksi-saksi yang kau maksudkan? Di sini tidak ada sesiapa pun kecuali aku suaramu.Inilah saksi-saksi itu,"ujar Malaikat

Tiba-tiba, mata berbicara,"Saya yang memandang." Disusuli oleh telinga,"Saya yang mendengar."Hidung pun tidak ketinggalan,"Saya yang mencium."Bibir mengaku,"Saya yang merayu."Lidah menambah,"Saya yang menghisap."Tangan meneruskan ,"Saya yang meraba dan meramas."Kaki menyusul,"Saya yang di pakai lari tidak ketahuan."Nah..kalau kubiarkan,seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu",ucap malaikat.Ia putus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi bakal dihumban ke dalam neraka jahanam.

Tatkala itu,sekonyong-konyong terdengar suara yang amat lembut dari selembar bulu matanya."Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi."Silakan..", kata malaikat."Terus terang saya katakan,menjelang ajalnya, pada suatu tengah malam yang sunyi...aku pernah dibasahi dengan air matanya ketika dia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya.Bukankah nabinya pernah berjanji....bahawa apabila ada seorang hamba bertaubat,walaupun selembar bulu matanya sahaja yang dibasahi air mata, diharamkan baginya api neraka?Maka saya selembar bulu matanya berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah melakukan taubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.

Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut telah terlepas dari seksaan azab api neraka dan dihantar ke syurga.Sehingga terdengar suara bergaung kepada para penghuni syurga ,"Lihatlah hamba Tuhan ini telah masuk ke syurga kerana pertolongan selembar bulu mata.

Firman Allah swt " Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian,kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, saling ingat mengingati supaya mentaati kebenaran dan mengingati pada kesabaran."Surah Al-Asr.


dipetik dari: http://ukhwah.com/



Nukilanku....


Satu Anugerah
nikmat jua rahmat

memiliki kuasa pandangan
menzahir erti kepuasan
menembusi makrifat hakikat

Hari ini
kesaksian ini makin sarat dengan noda
menjalar kemaksiatan berselirat
gelombang durjana berangkai-rangkai
makin pedih diamuk syahwat

Kadang tiada daya mahu melawan
dek iman sekilas angin
disapa hadir dan pergi
tergoncang fikrah yang waras

kesaksian sepasang MATA
menerobos seluruh pandangan
terbela bahkan tergadai mahkota maruah
derita sang jiwa derita
menyelubungi kedhaifan diri

Mataku dan matamu memberi suatu pengertian
hebatnya kuasa sepasang mata
mampu merubah segala sesuatu
mahmudah dan mazmumah
melayari nakhoda kehidupan

Iman, Taqwa, Istiqamah
bisa merentap sebuah kejahilan
terubat kudis bernanah
merawat sengsara jiwa
meraih sebuah ketulusan.


Temanku...
ayuh nilai diri sebelum yang Maha menilai membuat penilaian.


nukilan,
Nur RaFiQaH
2 Disember 2009
Sentul, Kuala Lumpur.


Wednesday, 12 August 2009

Beertinya TIKA itu...

Detik itu hadir,
mendampingi aku, kau dan dia,
menunggu, menanti tanpa jemu,
meraih satu perhatian,
agar dibelai dengan manfaat,
pinta dinikmati kedatangannya.

Tangisnya tiada yang dengar,
Rayunya tiada yang peduli,
Bingkisannya hadir dan terus hadir,
Hadiah diberi tiada iri,
Ikhlasnya tiada tandingan.

Berlalu sudah detik-detik itu,
merakam suka duka diri,
menyimpan kemas sebuah memori,
Terpalit pelbagai diari dan erti,
warna kehidupan meraih perti.

Itulah MASA,
sejak dulu mendatangi kita,
tiada pernah putus tiba,
hadir dan terus memburu tanpa henti,
kerugian berganda telah tercatat,
keuntungan apa saja yang terpalit,
aduh....

berpisah dari rahim ibu,
kalimah syahadah diperdengarkan,
telah rela memikul tugas khalifah,
sebuah perjanjian telah termetrai,
namun....
sebanyak mana amalan dan amanah yang tertunai???
Fikirkan temanku....

nukilan,
Nur RaFiQaH
12 Ogos 2009
Sentul, Kuala Lumpur.




Ayat-ayat Al Quran yang boleh diamalkan



Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh :

Surah Al Baqarah – Ayat 102

Anak2 pandai belajar :
Surah Al Anbiyaa’- Ayat 79

Anak2 lembut hati/ elak panas baran :
Surah Al Anbiyaa – Ayat 69,
Surah Al Hasyr – Ayat 22-24

Anak2 malas sekolah :
Surah Toha ayat 1-5

Supaya Suami tak kawin lain : *****
Surah Toha – Ayat 39 – mula dari tanda Jim kecil

Ayat pendinding : Ayat akhir surah At Taubah

Bg anak2 yg suka keluar malam :
Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x

Untuk jadi pendinding rumah :
Surah Al Baqarah dibaca & tiup pd air , dan spray keliling rumah

Untuk membantu dan mengurangkan kesakitan:
Bacalah Surah Al-Fatihah dari Bismillah sehingga Amin serta Surah Al-Ikhlas (Tauhid, atau Qul Hu-Allah huAhad) ke atas air dan berikan minum serta sapu kebahagian yg sakit dgn niat utk membantu dan mengurangkan sakit bagi sesiapa shj kerana Allah Ta’ala.

Kita mencubanya bersama...

moga sama-sama perolehi manfaat...


Monday, 10 August 2009

13 wasiat Rasulullah kepada Ali

RASULULLAH SAW ada menyampaikan pesanan dan wasiat kepada isteri, anak, kaum kerabat dan umat Islam seluruhnya. Namun antara wasiat yang menarik dan boleh dijadikan bahan renungan bersama ialah wasiatnya kepada menantu baginda, Saidina Ali Abu Talib.Sungguhpun wasiat itu khusus kepada Ali, namun kita sebagai Muslim dan muslimah, perlu menjadikannya sebagai iktibar lalu menjadikannya amalan.

Larangan dan suruhan Rasulullah saw melalui wasiat itu, adalah juga untuk kaum Muslimin dan muslimat. Malah, boleh dikatakan semua perkara dalam wasiat itu adalah ciri-ciri utama orang beriman.

Berikut adalah antara wasiat Nabi kepada Ali seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:


Ibnu Abbas meriwayatkan, bahawa Ali Abu Talib berkata: "Pada hari perkahwinan dengan Fatimah, Rasulullah saw bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku:"

1. Wahai Ali, takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi (hammam) tanpa memakai
kain separas pinggang. Bahawasanya barang siapa memasuki tempat mandi tanpa
kain
separas pinggang, maka dia mendapat laknat (mal'un).

2. Wahai Ali, janganlah engkau ‘memakai cincin di jari telunjuk dan di jari tengah'. Sesungguhnya
itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.

3. Wahai Ali, sesungguhnya Allah mengagumi hamba-Nya yang melafazkan istighfar:
"Rabighfirli fainnahu la yaghfirul-zunuba illa Anta" ( Tuhanku, ampunilah aku.
Sesungguhnya
tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau). Allah lalu
berfirman: "Hai malaikat-Ku,
sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada
yang mengampunkan dosa melainkan
Aku. Hai malaikat-Ku: Jadilah saksi, bahawasanya aku
telah mengampuni dia".


4. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka
dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta).Dan, bahawasanya benar itu memutihkan
muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq. Ketahuilah engkau, bahawasanya sidq (benar)
itu
berkat dan kizb (dusta) itu celaka.

5. Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-dumba. Bahawasanya orang
berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya
di
pintu syurga.

6. Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali
dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau. Sesungguhnya
Allah
tidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.

7. Wahai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah
mendatangkan rezeki engkau setiap hari.


8. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan maki-hamun dan

sumpah-seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.

9. Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencolek (mencungkil) gigi. Bahawasanya bersugi itu
menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi
malaikat
kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan di
celah gigi tidak
dicolek selepas makan.

10. Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah.Apabila timbul rasa marah, duduklah engkau
dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah Taala ke atas hamba-Nya.
Pertahankah
diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.

11. Wahai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurniaan Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri
engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau peroleh peruntukan daripada Allah.

12. Wahai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau, maka engkau bencikan juga pada diri
saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada
diri
saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman. Dengan itu,
engkau
dikasihi seluruh isi langit dan bumi.

13. Wahai Ali, perbaikkanlah perhubungan di antara penduduk (jiran) sekampung dan antara ahli

rumah engkau. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan
kekeluargaan,
nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.

Wahai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan peroleh kemenangan dan kelepasan.
InsyaAllah....

Islam pada awalnya asing dan akan kembali terasing, maka berbahagialah kiranya bagi yang terasing.


Monday, 20 July 2009

Rindu bertamu..


Tiba-tiba rindu itu hadir. Teringat teman-teman seperjuangan. Masa beralih tanpa menunggu sesiapa. Dalam sekejap apa-apa bisa terjadi... dan atas kerana masa lah semuanya telah berlaku dengan pantas.. zaman persekolahan dan IPT ku sudah tamat. Bersukaria dalam menjalankan kerja-kerja persatuan bersama teman-teman ku pun telah pergi masanya. Menikmati usia 20an sudah semakin dekat melambaikan perpisahan. Namun banyak lagi bebanan tanggungjawab sebagai khalifah Allah gagal ku laksanakan. erm... aku menarik nafas dalam-dalam mengenangkan sesuatu ???????


Dalam gembira ada duka. Dalam duka ada gembira. Keduanya bersatu dalam aku meniti sebuah perjalanan.
Tersenyum sendiri mengenang masa lampau yang berlama sudah meninggal pergi. Pernah juga berlinang air jenih dari tubir mata ini mengenang realiti sebuah kehidupan yang pernah ku lalui bersama insan-insan itu. Saat-saat yang amat sukar untuk ku lupakan bersama kalian wahai teman-teman HATI, INSANIAH, BKAWM, MARJAN, MAAHAD...

Kini... masa itu teramat mustahil akan bertandang kembali.. Mereka yang ku kenang dan ku ingati sudah ramai yang berumahtangga, menulusuri perjalanan kehidupan berkeluarga dengan acuan dan kehendak diri berbekalkan ilmu dan iman yang tersimpan dalam lubuk nubari masing-masing. Moga kalian dilimpahi rahmat dan nusrah Allah senantiasa. Jangan lah pernah mengotori ukhwah ini dengan hanya memikirkan kepentingan diri. Hargailah sahabat-sahabat yang pernah mengisi kotak memori hidup kalian. Dan AKU masih disini... mengingati dan terus mengingati dalam doa yang berpanjangan khusus buat kalian duhai teman-teman yang amat ku rindui. Moga kalian berbahagia.

Terima kasih atas segalanya teman dan maafkan diriku seadanya..

Salam Rindu Ukhwah Fillah Abadan Abada...
Nur RafiQaH


Sunday, 19 July 2009

Jom Tonton dan hayati bersama .....


Usai sudah ku melihat filem ini..tersentuh sungguh jiwa kerdil milik diri pinjaman Tuhan. Sambil gelak aku boleh menangis teresak-esak dibuatnya.( sedih dalam gembira).Hebat juga penangannya, menjiwai sungguh...huhu...

Kisah kanak-kanak miskin yang cekal jiwa meneruskan pengajian. Miskin tidak menghalang hak mereka untuk memperolehi pendidikan. ermmm...part yang terkesot hati ini..hihi...

* Atas desakan hidup Lintang terpaksa menamatkan persekolahannya untuk menjaga adik-adiknya.

* Bu Mus yang sanggup mengorbankan peribadinya hanya untuk kepentingan anak-anak miskin itu.

* Kejayaan-kejayaan anak-anak ini, kecekalan, keberanian, semangat dan ukhwah mereka. Betapa istimewanya mereka ini dianugerahi kemiskinan.


Gelagat mereka sungguh mencuit nubari ini. Lantas teringat aku pada anak-anak didikku di SKKB. Daud, Shafina, Amin, Maisarah, Zulhelmi, Hadi, Hafizudin, Aiman, Farzana, Ibnor, Adawiyah, Iqmal, Fahmi dan yang lain-lain tidak mampu ku lakarkan dalam blog ini. Pelbagai kerenah harus ku tempuh bersama mereka. Kadang-kadang menyenangkan dan terkadang aduh memeningkan. Namun jauh di sudut hati ini aku amat menyayangi mereka walau marahku kadang tidak terkawal...tidak lah sampai menyakitkan cuma menghukum seadilnya dengan kesalahan yang mereka lakukan.


Terasa akulah ibu dan bapa anak-anak didikku. Mahu saja aku mencorak hidup dan masa depan mereka mengikut acuanku. Namun aku hanya seorang guru, berfungsi hanya di sekolah, tidak boleh sewenangnya memiliki mereka secara total. Mereka punyai keluarga yang pelbagai rupa latar belakangnya....itulah yang sedikit merisaukan diri ini. Ramai ibu ayah hari ini hanya tahu menuding jari pada guru-guru yang telah mencalarkan sedikit tubuh badan anaknya, mengapa tidak berterima kasih saja dengan kesakitan-kesakitan yang menyinggah itu sebagai tanda hukuman atas kebiadapan anaknya... kesan pentarbiyahan di rumah itu tiada, hilang dengan kesibukan ibu ayah mengejari dunia, amanah itu tidak disempurnakan sebaik mungkin... akibatnya anak-anak hari ini menerima musibah akhlak yang sangat merundum secara totalnya.

Tidaklah sepenuhnya menyalahkan ibu ayah, walau hakikatnya ada juga salah guru-guru, namun berilah peluang pada guru-guru untuk bernafas dengan corak didikan mereka selagi mana tidak menyalahi syariat dan adat jua tidak membawa tenat pada anak-anak didiknya. Mereka juga menyayangi anak-anak ibu ayah, mereka juga diamanahkan untuk mendidik anak-anak ibu ayah, mereka juga ada peranan, tolonglah sedari hakikat itu!!! kita sama-sama mengambil bahagian dalam mendidik anak-anak ini dengan seadilnya. Tolong jangan berat sebelah!!! Kalau benar pun salah sang guru berurusan lah secara waras, bijak dan profesional.

Buat Sang Guru.. mari kita menjadi MURABBI bukan MU'ALIM.

Kata-kata ini suatu azimat dalam melaksanakan tugas dakwah seorang guru. Perlunya mendidik mereka dengan menaburkan benih iman dan taqwa, rasa ihsan dan bertuhan, agar memiliki duniawi dan ukhrowi sebati dalam diri. Ilmu sahaja tidak akan menjamin kebahagiaan mereka, jadi ayuh gempur projek memperkasakan amal dalam ketaatan.


Salam Ingatan

Dari: jiwa seorang pendidik
Untuk: semua yang mahu dan tahu menghargai nilai kemanusiaan


Maafkan diri ini wahai anak-anak didikku.
Akanku cuba merealisasikan sebuah impian.


Friday, 10 July 2009

i luv ISLAM











Sunday, 5 July 2009

Kasih Yang TIDAK kan Terlerai ....


PUSARA ABAH
pokok pisang yang berada diatasnya seolah kami 3beradik.

Bukan kami yang tanam pokok ni, kami pun tak tahu mana datangnya.
Moga ada hikmahya...

5 tahun berlalu, bagai semalam menempuh episod duka, hati luka lara, mengenang insan jauh dimata, namun di ingatan tetap bertakhta. ABAH, kami merinduimu. Perginya insan prihatin itu membawa sejuta memori bersamanya. Doa kami tidak pernah luput dibibir, moga ABAH di tempatkan di kalangan insan yang beriman dan soleh. Kami bakal menyusul tapi, entah bila pula.

27 Januari 2004 telah memisahkan kami dengan jasad seorang ABAH yang amat dikasihi. Melihat derita yang ditanggungnya begitu memeritkan dan memilukan jiwa. Terasa ingin menanggungnya, biar diri yang derita bukan Abah. Namun itulah tanda kasih Allah buat Abah, dihantarnya derita bagi mengahapus dosa hambaNYA. Abah memang jarang sakit, saat itulah sakit yang teramat sakit dihadapinya sehingga telah meragut pergi sebuah jiwa milik Abah. Kehilangannya bagai disentap gembira selamanya buat kami, tetapi berkat didikan serta jasa abah&mak telah berjaya memahamkan kami tentang hakikat sebuah kehidupan. Setiap jiwa pasti pergi menemui Rabbnya. Hakikat itu, kami akur dan gagahi untuk menempuhnya dengan redha dan sabar walau airmata ketika itu memang milik kami.

Pengorbanan Abah bukan sedikit, aduh... tidak termampu untukku hitung dengan nilaian wang bahkan harta dunia. Ikhlasnya Abah, sabarnya Abah, prihatinnya Abah, penyayangnya Abah tidak ternilai harganya. Abahku seorang pekerja rendah awam, namun cekalnya Abah membesar kami 3 beradik dengan bekerja lebih masa, telah berjaya menjejakkan kami ke menara impiannya agar kami bisa menggulung sebuah ijazah. Abah...kami sudah mencapai impian itu, namun... Abah tiada di sisi.Terima kasih Abah... kerana impian itulah yang telah menguatkan semangatku untuk terus menggenggamnya ketika hampir aku berputus asa, emak telah mengingatkan.

Kini... aku dan along bergelar guru. Kami mahu menjadi murabbi bukan mua'lim. Walau rasa tidak layaknya diri, moga ada berkat mengiringi langkah kami. Amin.. Adikku bakal menamatkan kuliah quran. Moga kita sama-sama dapat membalas jasa arwah Abah dengan kejayaan iman dan taqwa dunia akhirat. Abah.. kasih di antara kita tidakkan terlerai walau jasad dan alam memisahkan kita. Abah, pergimu mengajar kami erti berdikari. Terima kasih Abahku...