Monday 25 January 2010

Berbicara soal CINTA


Menebak perasaan dengan persoalan CINTA sangat unik untuk dipertuturkan. Kata orang CINTA itu sangat rumit untuk ditafsirkan…namun yang pasti.. gembira,sedih,sayang,rindu,marah,bahagia,ketawa,duka…
akan menerbitkan satu perasaan yang sukar untuk diungkap dengan kata-kata..

Kata AYATUL HUSNAL (KCB) tentang CINTA:
CINTA adalah kekuatan yang mampu mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah...Iulah CINTA menurutnya.

Puisi CINTA menurut ANNA ALTHAFUNISA(KCB):
Seakalipun CINTA telah ku uraikan dan ku jelaskan panjang lebar,
Namun jika CINTA ku datangi, Aku jadi malu pada keteranganku sendiri,
Meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
Namun tanpa lidah CINTA itu ternyata lebih terang,
Sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya,
Kata-kata pecah berkeping-keping begitu sampai kepada CINTA,
Dalam menguraikan CINTA, Akal terbaring tak berdaya,
Bagaikan keldai terbaring dalam lumpur,
CINTA sendirilah yang menerangkan CINTA dan PERCINTAAN.

eh.. Menurut KEMBARA????hehe...
CINTA itu sangat indah dan mempesonakan,
Terbit dari sebuah ketulusan hati,
Bisa merungkai kesulitan jiwa,
Menjadikan kita tertunduk malu berhadapan dengannya..
CINTA hadir tanpa dipaksa,
Namun terkadang ku menolak rasa itu,
Kerana merasa kelemahan diri,
CINTA itu perlu memberi dan menerima,
Sepenuh keikhlasan sebagai penghargaan,
CINTA itu menjadikan kita bahagia, semangat, menginsafkan,
Hanya dengan sebuah azimat ini....
Bila CINTA menyapa,
Lemparkan ke sisi PENCIPTA,
Agar tidak tersasar dari batas warasnya,
Moga terbit redha kasihNYA.

Sepanjang bicara panjang lebar tadi, semua berkisar tentang CINTA terhadap makhluk.Hanya layak bergelar CINTA SUCI apabila awalnya ditujukan mencari redha dan kasihNYA, kalau bukan kerana itu CINTA makhluk hanya merugikan.Selagi CINTA ILAHI masih tidak dikecapi kita tidak akan merasa bahagia hakikatnya.Bagaimana pula rasa CINTA BERTUHAN, merasa diri amat kerdil sebagai hambaNYA.Menangis dalam menanggung sebuah kerinduan.
CINTA bertamu padaMU,
Seakan resah nubariku,
Bila sampai puncak rindu,
Hamparan taat ku tuju.


Orang-orang yang beriman itu sangat kuat kecintaannya kepada Allah. (al- Baqarah: 165)

MENCINTAI ALLAH tidak akan pernah ada erti kecewa atau dikhianati. ALLAH memiliki kemuncak segala kecantikan, keagungan dan kebaikan.CINTA kepada-NYA pasti dibalas dengan pelbagai curahan nikmat dan rahsia yang seni.

Pendek kata, akal yang singkat turut mengatakan, ALLAH paling layak diCINTAI kerana DIA memiliki segala ciri-ciri yang diingini oleh seorang kekasih.

Orang yang telah mengenal dan mengecapi CINTA ALLAH tidak akan tertarik dengan cinta yang lain. Itulah magnet CINTA ALLAH. Alangkah ruginya orang yang hatinya tidak ingin mengenal CINTA ALLAH, cinta yang hakiki dan sejati.

Ayun temanku kita bersama mencari dan memiliki CINTA ALLAH sebelum beroleh CINTA makhluk...Sungguh CINTA itu membahagiakan.

Sunday 24 January 2010

Itulah Kehidupan... JOM MUHASABAH


Merentasi masa berbaki kehidupan terasa bagai diasak gelisah dek kerana lumpuhnya istiqamah ku dalam beramal.Dunia yang kian cedera ditimpa badai kealpaan seakan terkena tempiasnya pada diri yang serba lemah ini.Sesak nafas memikirkan kecederaan rohaniyah ku ini.

Pelbagai rencam dan ragam manusia hari ini. Setiap dari insan diberi situasi kehidupan berbeza. "ada yang bahagia dalam derita, ada yang derita dalam bahagia, ada yang bahagia dalam bahagia dan ada yang yang derita dalam derita."

1. Bahagia kerana amalnya dalam keikhlasan, deritanya kerana kesusahan hidup yang dianugerahkan..HAKIKATNYA dia BAHAGIA menuju jannah ALLAH.

2. Deritanya kerana kering amal ikhlasnya lantas bahagianya dalam kemewahan dunia tidak langsung membawa kepada hakikat kebahagian..dia DERITA HAKIKATNYA.

3. Bahagia insan itu yang penuh dengan tawadhuk amalannya justeru bahagia dengan limpahan kesenangan dunia yang sentiasa menginsafkan diri serta membawa kepada kerendahan diri sebagai hambaNYA.

4. Derita dia derita kerana kejahilan yang berselirat dan langsung tidak mahu mencari jalan menuju hidayah bahkan menolak sinar yang hampir tiba, apatah lagi kesusahan hidup yang di tanggung membawa dia jauh dari sinar kebenaran lantas sering mencari alasan menyalahkan diri dan tuhan.

Inilah lumrah sebuah kehidupan. Dimana situasi kita tika ini? Pastikan jangan sampai terdampar dalam kelam kealpaan yang berterusan. Memang iman manusia biasa itu naik dan turun... sentiasa diuji dan teruji dengan pelbagai mehnah tribulasi kehidupan yang kadang tidak terjangkau dek minda kita. Lantas itulah, ayuh kita bersama memugar diri kembali menerobos sempadan diri yang baru dengan semangat dan keazaman yang jitu.
Mencari limpahan kasih ILAHI,
Mensyukuri nikmat yang saban diberi tanpa henti,
Memburu maghfirah dan redhamu Rabbi,
Memimpin diri menuju destinasi abadi.


Firman Allah Taala: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan”. (Surah al-Hasyr:18).

Dalam hadith pula, daripada Syidad bin Aus, berkata: Sabda Rasulullah s.a.w.: “Orang yang bijak ialah orang yang menundukkan hawa nafsunya dan beramal untuk hari selepas mati. Orang yang lemah ialah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan berangan-angan sesuatu di sisi Allah” (Riwayat Ibnu Majah dan berkata: Hadith Hasan). Maksud “menundukkan hawa nafsu” ialah menghitung diri di dunia.

Daripada Umar bin al-Khattab, berkata: “Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung, timbanglah amalanmu sendiri sebelum ia ditimbangkan untukmu, dan bersedialah untuk hari pembentangan amal yang besar, sesungguhnya hisab pada hari kiamat menjadi ringan bagi sesiapa yang melakukan muhasabah diri di dunia ini”.

Nur RaFiQaH
24 Januari 2009
Sentul, Kuala Lumpur

Monday 11 January 2010

Usrati

Sunday 10 January 2010

Bercerita yang menyenangkan....

Baru td saya berbual di YM dengan sahabat saya yang sorang ni.. seorang yang hebat ilmunya..insyaAllah, lama tak dengar kalam-kalam mutiara darinya. Oleh itu,ada sedikit pengisian yang saya pinta darinya...Alhamdulillah..

angah wardah : DURRAH bg lah TAZKIRAH kat kita
angah wardah : silakan ustazah DURRAH

durrah elyahya : hmm
durrah elyahya : FIZAH...
durrah elyahya : kita ni kan
durrah elyahya : kalau memikirkan tentang kerja2 urusan ALLAH yg bukan kerja kita..
durrah elyahya : kata USTAZ ZAINUL
durrah elyahya : blh menggelapkan hati kita
durrah elyahya : makin malap dari pada dapat menerima cahaya
durrah elyahya : contohnya
durrah elyahya : kalau pk pasai jodoh

angah wardah : aha

durrah elyahya : hehe
durrah elyahya : paling dekat la
durrah elyahya : asyik pk je
durrah elyahya : sedangkan perkara n urusan tu
durrah elyahya : bukan kerja kita
durrah elyahya : kerja ALLAH
durrah elyahya : kita hanya disuruh usaha n berserah n berdoa

angah wardah : ooo cam tu

durrah elyahya : tak perlulah asyik dok pk

angah wardah : fhm2

durrah elyahya : macamnalah aku ni
durrah elyahya : bila lah masanya
durrah elyahya : dgn siapalah
durrah elyahya : ni semua bukan bidang kuasa kita kan?
durrah elyahya : jadi tak payah pk

angah wardah : ya ya

durrah elyahya : kita cuma melihat n redha
durrah elyahya : dgn siapa
durrah elyahya : bila
durrah elyahya : n bagaiman

angah wardah : baik2

durrah elyahya : n pasai rezki pun sama
durrah elyahya : tak perlu pk sampai pening2 kpla
durrah elyahya : tapi masalahnya kan
durrah elyahya : kita ni yg ni laaa
durrah elyahya : dok mnjadi pikiran kan?

angah wardah : aah lah

durrah elyahya : kata USTAZ
durrah elyahya : kalau jadi macamni
durrah elyahya : lawan dgn banyakkan amalan yg kita suka buat
durrah elyahya : contohnya
durrah elyahya : kalau kita suka baca QURAN
durrah elyahya : baca lah QURAN
durrah elyahya : sampai satu tahap akan dtg ktengan yg jauh lebih indah dari apa yg kita inginkan
durrah elyahya : kalau suka baca buku
durrah elyahya : ha bacaa buku
durrah elyahya : kalau suka n mudah nak solat
durrah elyahya : solat la
durrah elyahya : yg penting mesti meyanggahi apa yg kita fikirkan
durrah elyahya : tu adalah nafsu
durrah elyahya : cara nk lemahkan dia
durrah elyahya : dgn buat perkara2 taat
durrah elyahya : adoii
durrah elyahya : ni lh yg kita kene buat kan
durrah elyahya : tapi susah
durrah elyahya : satu lagi

angah wardah : ya ya lagi.....
durrah elyahya : klau dalam hati ada dunia n makhluk kompom
durrah elyahya : hati akan resah saja
durrah elyahya : selagi tak buang
durrah elyahya : dunia n nafsu

Cerita bab HATI ni fuhhh... sangat sensitif. Perlu diprihatinkan, dipandang-pandang, dibelai dengan sentuhan iman dan taqwa.. ibarat menanam bunga perlu disiram, dibaja, diberikan cahaya agar hasilnya subur dan cantik. Nampak saja mahu layu mula gusar...cepat2 berbuat sesuatu agar tumbuhnya segar dan menyenangkan kembali... Begitulah jua HATImu HATIku kasihkan lah sentiasa ...pandang-pandanglah ia. Carilah ubat mujarab untuk HATI dengan mendalami seluruh anugerah kiriman ALLAH buat hamba-hambaNYA. Bukan susah nak jadi susah dan bukan senang nak jadi senang... Bukan begitu? Tiada jalan singkat menuju keredhaan Allah. Selayaknya kita diuji !!!!

Template by : kendhin x-template.blogspot.com