Thursday 29 April 2010

Hamba yang berputus asa..


Seringkali perasaan putus asa menghambat kita.Ianya datang ketika sesuatu hajat tidak tercapai dan merasa lelah dengan usaha yang tidak berbaloi lantas,menjadikan kita selalu berlambat-lambat dalam menyelesaikan urusan,pendek kata tiada semangat..Tika ini kita rasa tiada makna hidup..boleh begitu???

Sebenarnaya kita hampir terlupa,kita ada ALLAH..yang tidak pernah lupakan hambanya..yang sentiasa rahmat dan rahman pada hambanya..yang sentiasa ehsan pada hambanya..Kita yang selalu lupa diri!!! Hidup yang tiada matlamat sering akur dengan kehendak nafsu yang terikat dengan tali syaitan...Kita selalu menjadi taruhan dalam perlawanan hawa nafsu akhirnya kalah tersungkur dek kerana iman senipis kulit bawang..betapa hari ini terlalu banyak kita melupakan TUHAN dalam banyak detik.

Bila kecewa dan putus asa hadir dalam diri lekas2 peringat diri agar tidak menyesal kemudian hari. Manusia itu memang mudah rasa lemah dan putus asa, sebab itulah kita perlu ada matlamat dan sasaran dalam hidup. Hidup berTUHAN..bukan Hidup Bersetan..

Tika lemah menjengah....
Kita lantas muhasabah diri,
hidup hanya untuk DIA ILAHI RABBI,
agar kekuatan itu hadir kembali,
meniti sebuah perjalanan yang diredhai.

Kalau hidup untuk makhluk,
jadi kita tak terbentuk,
sering tengadah dan terhantuk,
lupa diri buat tak elok.

Lihat SOLAFUSSOLEH...
Sering menangis menginsafi diri,
hidup berTUHAN matlamat diri,
jiwa diserah hanya untuk ILAHI,
walau susah kasih ILAHI tidak bertepi.

Orang-orang yang cinta akan ALLAH...
Hidup mereka selalu bahagia,
ALLAH sebagai cinta utama,
yang lain sampingan saja,
merasa diri tidak punya apa.

Berputus asa ada penyelesaiannya.. Kembali lah pada DIA yang memberikan segalanya.. Baik buruk hadiah dariNYA...Tanda kasih buat hambaNYA...ALLAH tidak lupakan kita..Tapi kita yang sering alpa..Jangan suka alasan dibina..Nanti kita juga yang merana..Ingatlah ALLAH dalam setiap ketika..Sebagai ubat hati derita..ALLAH sayangkan hamba-hambanya..Kita perlu lebih mencintainya..

Wahai teman sekalian, rahmat ALLAH maha luas, terbentang buat seluruh hambaNYA.Kita perlu manfaatkannya, agar tidak menjadi manusia rugi di akhir duniawi. Janganlah mudah lupa diri dan putus asa..kita ada ALLAH tempat bergantung lagi berharap serta bermanja..ALLAH itu lebih tahu apa yang dikehendaki hambaNYA, kerna DIA yang menjadi dan menghidupkan kita..Sungguh benar, CINTA ALLAH tidak bertepi. AYUH tagih CINTA ALLAH..wahai diri berubahlah,jangan cepat berkeluh kesah..ALLAH sentiasa ada bersama kita.. :) ALLAH HU AKRAM .. ALLAH HU HAQ ..

Monday 26 April 2010

HIMPUNAN KATA-KATA BERMAKNA..

1.Dari Abu Malik Al-Hariths bin Ashim Al-Ashya'ri r.a, katanya :
Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Suci itu sebahagian daripada iman, dan Alhamdullilah memenuhi timbangan, dan Subhanallah Wal-Hamdullilah pula akan memenuhi ruang antara langit dan bumi. Dan sembahyang itu cahaya, dan sedekah itu bukti, dan sabar itu sinaran dan Al-Quran itu dalil bagimu atau atasmu. Setiap manusia berusaha, ada yang menjual dirinya, ada yang memeliharanya dan ada yang membinasakannya. '


2.DOA SEORANG ISTERI
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fisikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku
dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala
perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala
dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..



3. "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah, dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah."


* Wanita Ananah: banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

* Wanita Mananah: suka membangkit-bangkit terhadap suami. wanita ini sering menyatakan," Aku membuat itu keranamu".

* Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

* Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

* Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

* Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Dari: Imam Al-Ghazali..

Sunday 25 April 2010

Tentang apa ini???


Mahu jadi seperti apa kamu???

Teliti diri,
Cari potensi diri,
Agar hidup bistari,
Senang di kemudian hari.

Hidup berdikari biar diberkati,
Jiwa tenang senang hati,
Biar mati beroleh syurgawi,
Kerna dapat restu ILAHI.

Cinta mencintai,
Kasih mengasihi,
Jangan lupa ukhrawi,
Itu membawa bahagia hakiki.

Berhati-hati dalam meniti,
Biar elok budi pekerti,
Hidup ini penuh beerti,
Kalau ILAHI sentiasa di hati.

Ok nanti kita jumpa lagi..
dalam entri terbaru nanti..
huhu suka suki ja buat pantun ni.. :)

Friday 16 April 2010

AKU dan batas waktu...



Sudah beberapa lama aku tidak berkomunikasi dalam blog kesayanganku ini..Tiba-tiba hati ini beriya benar ingin menyentuhnya dengan penuh kerinduan..maafkan aku wahai sang blog kembara bukan aku tidak mengingatimu cuma aku kegeringan idea untuk ku lontarkan dalam teratak gersang ini...blog orang lain sentiasa berfungsi dengan input2 yang sangat menarik dan bermanfaat..namun aku tidak!!! kerana aku tak pernah berniat untuk kujadikan teratak blog ku sebagai gelanggang untuk warga siber yang rajin membuka dan mencari maklumat.Aku sangat DHAIF.Yang aku tahu..blog ini kucipta atas kerana ingin menyimpan sedikit memori diri bersama kenangan-kenangan yang telah berlalu dan sedikit perkongsian idea yang ada.

AKU dan batas waktu yang ada..telah melakar pelbagai warna dalam kehidupan selaku hambaNYA. Hati yang telah ALLAH anugerahkan telah banyak merasai pahit manis rencah kehidupan.Diri dan kudrat yang dipinjamkan saban teruji dek suasana dunia yang haru biru.Manusia hari ini sudah makin lupa siapa TUHANNYA !!! Moga aku dan orang-orang yang aku sayang tidak begitu.

Cuma satu!!!hari-hari kita dihidangkan dengan agenda kehidupan yang telah ditakdirkan ALLAH...ada yang menggembirakan dan ada juga yang menyedihkan..itu semua asam garam kehidupan..erm, boleh kita cuba mengubah situasi takdir yang ditentukan??? Doa yang
sungguh pasti dapat mengubah segalanya..seandainya kita berkehendak yang baik-baik saja,berbuat baiklah selalu pada diri dan sekalian yang ada disekeliling anda.Namun jika puas kita berdoa,namun buruk juga yang tiba,itu pasti ada hikmahnya...jangan cepat melatah dengan ujian yang ALLAH berikan untuk kita..tapi ucaplah begini terima kasih YA ALLAH kerana hadiah ini.

Template by : kendhin x-template.blogspot.com