Friday 6 February 2009

Talkin untuk kalian



 
Suatu masa nanti kita bakal di talkinkan..bila waktunya ??? Allah A'lam... moga-moga kita dikalangan orang yang mati dalam husnul khatimah..InsyaAllah...doa bersama...
Ini post menarik bg saya utk dikongsi.... dari email saya...

Maksud (dalam RUMI) talkin yang selalu dibaca utk orang yg meninggal dunia.

Masa baca tu, sebut2lah nama sendiri yer...., kalau tak terasa meremang, sama2lah kita lebihkan amal ibadat. Bukanlah perkara yang mudah setelah mambaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baik yg kita lakukan selama hidup di dunia yg akan menjadi penyelamat, InsyaAllah
WALLAHU A'LAAMM.

Bismillah hir rah man nir rahim.

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai (ANDA) Bin (IBU ANDA), wahai (ANDA) Bin (IBU ANDA),wahai (ANDA) Bin (IBU ANDA), hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.

Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.

Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai (ANDA) Bin (IBU ANDA), apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai (ANDA) Bin (IBU ANDA), bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.

Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluark an zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah".

Wahai (ANDA) Bin (IBU ANDA)tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semua untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai (ANDA) Bin (IBU ANDA), bahawasanya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.

Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.

Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.

Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut"

Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran." Surah Al-A'sr ..

Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat..."

Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur "masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN" dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?" Maka jawabnya Rasulullah saw "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'."
Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu "itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN" mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian" Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya:

TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati
1. ParaNabi
2 Para Ahli Jihad
3. ParaAlim Ulama
4. ParaSyuhada
5. ParaPenghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8 . Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:

Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:"Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.

"Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaiman yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud "Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."


* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. " Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." Surah Al-Baqarah : 237


"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN"

 


Thursday 5 February 2009

Krisis 2 "P"


                      
Akhir 2008...Bicara krisis dan pergolakan yang sedang berlaku di bumi PALESTIN tiada berkesudahan hingga ke saat ini... keamanan mereka diancam oleh puak zionis Israel laknatullah. Kini, tiada lagi rundingan damai di antara mereka, angkara pihak musuh yang sering memungkiri janji. Bahagia telah pergi meninggalkan detik-detik harian kehidupan mereka. Jihad! Jihad! Jihad! kini terpundak di bahu mereka warga Palestin. Dan kita bagaimana???

Kini, tanggal awal Februari 2009 Bumi PERAK Darul Ridzuan pula mengalami pergolakan politik yang tidak menentu. Ikuti laporan Berita Harian hari ini:


TIMBALAN Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Jamaluddin (kanan), Mohd Osman (dua dari kanan) dan Yit Fong menyokong BN manakala Nasarudin (dua dari kiri) kembali sertai Umno.


. Tiga Adun Bebas sokong Barisan
. BN sedia tubuh kerajaan di Perak
. Nizar bubar DUN tanpa perkenan Sultan


PUTRAJAYA: Tidak sampai setahun memerintah, kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Perak semalam tumbang dan Barisan Nasional (BN) kini bersedia membentuk kerajaan baru di negeri itu dengan majoriti mudah.

Bibit kejatuhan kerajaan negeri itu bermula apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Changkat Jering, Mohd Osman Jailu, bertindak meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR), diikuti tindakan yang sama Adun Jelapang dari DAP, Hee Yit Fong.

Ketiga-tiganya menjadi wakil rakyat Bebas dan mengisytiharkan sokongan terhadap BN, manakala Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang menyertai PKR baru-baru ini, berikrar kembali ke pangkuan Umno mulai semalam.

Berikutan perkembangan itu, Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pada sidang media di Ipoh mengumumkan tindakan drastik membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, tanpa terlebih dulu mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada sidang media di sini petang semalam pula berkata, beliau akan menghadap Sultan Perak secepat mungkin untuk memaklumkan secara rasmi bahawa BN Perak mempunyai sokongan yang diperlukan bagi menubuhkan kerajaan baru.

BN dan PR kini mempunyai bilangan kerusi DUN yang sama banyak, iaitu masing-masing 28 kerusi, tetapi BN boleh menubuhkan kerajaan negeri kerana ketiga-tiga wakil rakyat Bebas itu berikrar menyokong BN, termasuk dalam soal pelantikan Menteri Besar.

Najib yang juga Pengerusi BN Perak berkata, tiga wakil rakyat Bebas itu memberitahu beliau bahawa mereka sudah menghantar surat kepada Sultan Perak untuk memaklumkan keputusan keluar daripada parti masing-masing.

"Mereka memberi mandat kepada saya selaku Pengerusi BN Perak untuk mencalonkan nama Menteri Besar.

"Mereka juga memberi aku janji akan bersama dan memberi sokongan kepada Menteri Besar yang dicalonkan oleh BN dan diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak.

"(Oleh itu) kita ada 31 berbanding 28 (PR) yang termasuk Speaker tetapi tidak boleh mengundi dalam DUN," katanya pada sidang media yang turut dihadiri Nasaruddin dan tiga Adun Bebas berkenaan.

Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta sebahagian Adun BN negeri itu juga hadir.

Mengenai calon Menteri Besar, Najib yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, ia akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

Timbalan Perdana Menteri berkata, mengikut Fasal 16 Undang-undang Tubuh Negeri Perak, Menteri Besar hendaklah meletak jawatan bersama anggota Exconya jika hilang keyakinan atau majoriti di DUN.

"Keempat-empat wakil rakyat ini sudah memaklumkan kepada Speaker DUN Perak, selain Presiden PKR dan Setiausaha Agung DAP hari ini (semalam) bahawa mereka tidak lagi menjadi ahli parti berkenaan.

"Mereka sudah hilang keyakinan terhadap parti dan Menteri Besar Perak. Kita akan lihat perkembangan selepas ini... apa yang penting ialah bagi mereka menyertai kita," katanya.

Ditanya bagaimana BN boleh menubuhkan kerajaan negeri, Najib berkata, Adun Behrang, Adun Changkat Jering dan Adun Jelapang akan menjadi "wakil Bebas mesra BN".

Mengenai tindakan Mohammad Nizar mengumumkan pembubaran DUN tanpa terlebih dulu mendapat perkenan Sultan Azlan Shah, Najib berkata hanya Sultan Perak boleh memperkenankan pembubaran DUN.

Najib turut menyifatkan perkembangan terkini itu sebagai bermulanya era baru dalam politik di Perak dan seterusnya membolehkan BN berkhidmat kepada rakyat serta pengundi di negeri berkenaan.

Menjawab soalan, Timbalan Perdana Menteri berkata keempat-empat wakil rakyat itu membuat keputusan menyokong BN berdasarkan kerelaan masing-masing tanpa habuan atau sogokan dan sebarang jawatan.

Mengenai kes rasuah membabitkan Adun Behrang dan Changkat Jering, Najib berkata ia adalah isu yang berbeza.

Beliau juga berkata, perkembangan yang berlaku tidak sampai sebulan selepas beliau dilantik Pengerusi BN dan Umno Perak adalah secara kebetulan.



* Inilah dunia politik negara kita hari ini...Fikirkan bersama!!! Sedang Palestin bergolak dengan maut dan maruah mereka dinodai kita masih begini...Tiada pendirian, bermain kotor dalam politik dan tiada siraman akhlak dalam medan ini!!! bagaimana mungkin kita, seandai ditimpa bencana sebagaimana Palestin... Bersediakah kita bersatu hati dalam mempertahankan keamanan agama dan hakikatnya ISLAM di negara Malaysia tanahair tercinta.

 Bilakah lagi kita semua satu hati... bilakah lagi...bilakah lagi????????????









Wednesday 4 February 2009

Anak-anak Palestin vs Anak-anak Malaysia

 
                        Suatu perbandingan yang perlu di nilai dengan matahati:

       
masih ada gembira di wajah anak ini   

 vs
 
   
   
kedukaan yang jelas terpamer

Kurniaan nikmat Allah pada INSAN itu pelbagai. Ada nikmat senang, susah juga suatu nikmat, bahagia dan derita juga suatu nikmat. Allah uji manusia itu dengan pelbagai caranya. Itulah hak DIA selaku pencipta, DIA lebih tahu apa yang DIA mahu buat hambaNYA. Cuma kita, selaku hamba perlu sentiasa membuka minda agar tidak terlepas dari menggunakan nikmat akal anugerah RABB buat kita.

 
  wajah Srikandi kecil

                                         laungan dan semangat JIHAD si kecil


Aduh rasa sakit bila diuji derita seperti rakyat Palestin ini,namun lihat lah kecekalan rakyat Palestin dan yang paling membanggakan adalah anak-anak Palestin. Usia sekecil mereka sudah mengenali makna JIHAD, tabah, cekal, semangat, syahid... Allah hu Akbar... duhai anak-anak Palestin kalian tercampak dalam derita dunia yang bukan kalian minta namun itulah suatu anugerah dan nikmat Allah buat kalian agar terdidik dan terbina iman dalam jiwa-jiwa kalian. Manusia itu apabila diuji baru terasa diri itu punya RABB, punya pelindung, baru terasa betapa diri itu tidak punya apa, itulah tanda kasih Allah pada rakyat Palestin hakikatnya. Tidak di biarnya mereka terhayun dalam dunia penuh noda ini lantas diuji mereka sehebat itu....kalian terpilih !!! Kami sentiasa mendoakan kalian... Andai di beri kesempatan untuk bersama kalian, AKU mahu bersama...InsyaAllah.

Bagaimana anak-anak kita ??? mereka dibuai keseronokan alam kanak-kanak, bermain dengan angan-angan, bergembira meniti usia si kecil tanpa mengerti erti derita, erti jihad, seperti anak-anak Palestin, khuatir kita andai suatu masa kita diuji seperti Palestin bagaimana kita dan anak-anak kita??? bersediakah kita duhai warga MALAYSIA tanahairku???

Justeru itu, seruku buat diri dan warga Malaysia sekalian... jom kita pakat bersedia dari sekarang!!! bina iman, bina taqwa semampu dan sedaya mungkin dan yang paling terpenting dan perlu diprihatinkan adalah jiwa anak-anak kita...jangan biarkan mereka dibuai dengan angan-angan dunia, didiklah mereka mengenal jalan ISLAM yang disyariatkan. Risaukan akidah anak-anak kita, tengok-tengokkan akhlak mereka, belailah mereka dengan haruman iman dan taqwa agar terpancar cahaya soleh solehah di wajah dan jiwa anak-anak kita. Amin ya RABB.

Ayuh asuh minda!!!
Ayuh bakar semangat!!!
Ayuh cemerlangkan ISLAM!!!

Allah hu Haq...

Rafiqah Iman






Peduli PALESTIN !!!



Aduh sangat pedih melihat rintihan rakyat Palestin yang dihimpit derita di negara sendiri. Kekejaman Yahudi laknatullah memang tiada peri ihsannya lagi. Memang jahanam dan celakalah mereka itu. Neraka lah tempat anjing-anjing itu. Tunggu saja saat yang di janjikan!!! Kalian bakal jahanam, bakal derita, bahkan bakal hancur sehancurnya. Arghhh... bencinya Yahudi, Israel...



Apa sangatlah kita merasa deritanya mereka... Oh Pelestin... kalian hamba terpilih untuk di uji dengan ujian berat ini, hebatnya kalian!!! betapa di asak dengan derita hidup dihujani bom,peluru,sepakan .....dari pihak musuh laknatullah, kalian tetap kuat, tetap semangat, tetap tabah, walau dalam derita dunia...bahagianya kalian menempah syahid, memburu jannah dalam jihad ini...Ayuh kita bersama-sama Palestin!!! Mampukah kita andai di uji seperti mereka??? Bersediakah kita menerima ujian sehebat mereka???




Allah hu Akbar!!! begitulah mungkin laungan terakhir di bibir-bibir @ bisikan hati insan syahid ini. Gembira mereka menemui RABB dalam keadaan sesuci ini... deritanya mereka di dunia namun bahagianya mereka di akhirat... Perjuangan mempertahankan Islam sekaligus membela tanahair sendiri adalah kewajipan bersama, biar macam mana sekalipun ancaman musuh, takut itu sudah tiada lagi dalam jiwa-jiwa insan Palestin ini. Aduh bangga dan cemburunya Aku dengan warga Palestin. Kalian bakal menerima natijah yang terbaik di akhirat kerana bau-bauan syurga itu sudah terbau di dunia lagi...itulah nikmatnya syahid...Mampukah AKU dan kalian???

Jangan lupa terus berdoa untuk warga Palestin dan Islam di seluruh dunia... Takbir!!!
ALLAH HU AKBAR!!!!!

Aku sayang ISLAM....Moga Aku dan kalian thabat dalam perjuangan ini...
Amin ya RABB.

Template by : kendhin x-template.blogspot.com