
SEBUAH DESTINASI
Kalimah mulia berlagu seni,
Alunan gemersik menyentuh jiwa,
Bahagia sikecil melihat duniawi,
Di izin ILAHI menjadi penghuni,
Merasai nikmat kurniaan ILAHI,
Tidak ternilai kasih tertinggi,
Diberi ujian silih berganti,
Agar hamba mengenali diri,
Masa berlalu bersilih hari,
Makin matang menghitung situasi,
Kerna ego dan lupa diri,
Terheret ke neraka duniawi,
Terhina di dunia ciptaan sendiri,
Erti hamba tidak difahami,
Hanya menongkah resah di hati,
Dalam jahil tersasar lagi,
Kalam ILAHI dibiar ke tepi,
Kalam ingatan tidak dituruti,
Enggan patuh menunduk diri,
Terlupa nanti kitakan MATI,
Mana lagi mahu pergi,
Tempat kita di akhirat nanti,
Syurga neraka pilihan diri,
Bakal menghuni destinasi abadi.
Angah RAFIQAH
14.12.2010
5.45ptg
ADAKAH MENANTU TIRI MERUPAKAN MAHRAM?
-
ADAKAH MENANTU TIRI MERUPAKAN MAHRAM?
*Soalan:*
Seorang lelaki berkahwin dengan seorang wanita yang mempunyai anak lelaki
daripada perkahwinan terdahulu. ...
3 weeks ago




0 comments:
Post a Comment