Friday, 6 February 2009

Talkin untuk kalian



 
Suatu masa nanti kita bakal di talkinkan..bila waktunya ??? Allah A'lam... moga-moga kita dikalangan orang yang mati dalam husnul khatimah..InsyaAllah...doa bersama...
Ini post menarik bg saya utk dikongsi.... dari email saya...

Maksud (dalam RUMI) talkin yang selalu dibaca utk orang yg meninggal dunia.

Masa baca tu, sebut2lah nama sendiri yer...., kalau tak terasa meremang, sama2lah kita lebihkan amal ibadat. Bukanlah perkara yang mudah setelah mambaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baik yg kita lakukan selama hidup di dunia yg akan menjadi penyelamat, InsyaAllah
WALLAHU A'LAAMM.

Bismillah hir rah man nir rahim.

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai (ANDA) Bin (IBU ANDA), wahai (ANDA) Bin (IBU ANDA),wahai (ANDA) Bin (IBU ANDA), hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.

Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.

Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai (ANDA) Bin (IBU ANDA), apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai (ANDA) Bin (IBU ANDA), bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.

Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluark an zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah".

Wahai (ANDA) Bin (IBU ANDA)tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semua untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai (ANDA) Bin (IBU ANDA), bahawasanya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.

Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.

Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.

Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut"

Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran." Surah Al-A'sr ..

Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat..."

Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur "masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN" dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?" Maka jawabnya Rasulullah saw "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'."
Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu "itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN" mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian" Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya:

TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati
1. ParaNabi
2 Para Ahli Jihad
3. ParaAlim Ulama
4. ParaSyuhada
5. ParaPenghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8 . Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:

Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:"Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.

"Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaiman yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud "Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."


* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. " Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." Surah Al-Baqarah : 237


"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN"

 


Thursday, 5 February 2009

Krisis 2 "P"


                      
Akhir 2008...Bicara krisis dan pergolakan yang sedang berlaku di bumi PALESTIN tiada berkesudahan hingga ke saat ini... keamanan mereka diancam oleh puak zionis Israel laknatullah. Kini, tiada lagi rundingan damai di antara mereka, angkara pihak musuh yang sering memungkiri janji. Bahagia telah pergi meninggalkan detik-detik harian kehidupan mereka. Jihad! Jihad! Jihad! kini terpundak di bahu mereka warga Palestin. Dan kita bagaimana???

Kini, tanggal awal Februari 2009 Bumi PERAK Darul Ridzuan pula mengalami pergolakan politik yang tidak menentu. Ikuti laporan Berita Harian hari ini:


TIMBALAN Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Jamaluddin (kanan), Mohd Osman (dua dari kanan) dan Yit Fong menyokong BN manakala Nasarudin (dua dari kiri) kembali sertai Umno.


. Tiga Adun Bebas sokong Barisan
. BN sedia tubuh kerajaan di Perak
. Nizar bubar DUN tanpa perkenan Sultan


PUTRAJAYA: Tidak sampai setahun memerintah, kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Perak semalam tumbang dan Barisan Nasional (BN) kini bersedia membentuk kerajaan baru di negeri itu dengan majoriti mudah.

Bibit kejatuhan kerajaan negeri itu bermula apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Changkat Jering, Mohd Osman Jailu, bertindak meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR), diikuti tindakan yang sama Adun Jelapang dari DAP, Hee Yit Fong.

Ketiga-tiganya menjadi wakil rakyat Bebas dan mengisytiharkan sokongan terhadap BN, manakala Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang menyertai PKR baru-baru ini, berikrar kembali ke pangkuan Umno mulai semalam.

Berikutan perkembangan itu, Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pada sidang media di Ipoh mengumumkan tindakan drastik membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, tanpa terlebih dulu mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada sidang media di sini petang semalam pula berkata, beliau akan menghadap Sultan Perak secepat mungkin untuk memaklumkan secara rasmi bahawa BN Perak mempunyai sokongan yang diperlukan bagi menubuhkan kerajaan baru.

BN dan PR kini mempunyai bilangan kerusi DUN yang sama banyak, iaitu masing-masing 28 kerusi, tetapi BN boleh menubuhkan kerajaan negeri kerana ketiga-tiga wakil rakyat Bebas itu berikrar menyokong BN, termasuk dalam soal pelantikan Menteri Besar.

Najib yang juga Pengerusi BN Perak berkata, tiga wakil rakyat Bebas itu memberitahu beliau bahawa mereka sudah menghantar surat kepada Sultan Perak untuk memaklumkan keputusan keluar daripada parti masing-masing.

"Mereka memberi mandat kepada saya selaku Pengerusi BN Perak untuk mencalonkan nama Menteri Besar.

"Mereka juga memberi aku janji akan bersama dan memberi sokongan kepada Menteri Besar yang dicalonkan oleh BN dan diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak.

"(Oleh itu) kita ada 31 berbanding 28 (PR) yang termasuk Speaker tetapi tidak boleh mengundi dalam DUN," katanya pada sidang media yang turut dihadiri Nasaruddin dan tiga Adun Bebas berkenaan.

Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta sebahagian Adun BN negeri itu juga hadir.

Mengenai calon Menteri Besar, Najib yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, ia akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

Timbalan Perdana Menteri berkata, mengikut Fasal 16 Undang-undang Tubuh Negeri Perak, Menteri Besar hendaklah meletak jawatan bersama anggota Exconya jika hilang keyakinan atau majoriti di DUN.

"Keempat-empat wakil rakyat ini sudah memaklumkan kepada Speaker DUN Perak, selain Presiden PKR dan Setiausaha Agung DAP hari ini (semalam) bahawa mereka tidak lagi menjadi ahli parti berkenaan.

"Mereka sudah hilang keyakinan terhadap parti dan Menteri Besar Perak. Kita akan lihat perkembangan selepas ini... apa yang penting ialah bagi mereka menyertai kita," katanya.

Ditanya bagaimana BN boleh menubuhkan kerajaan negeri, Najib berkata, Adun Behrang, Adun Changkat Jering dan Adun Jelapang akan menjadi "wakil Bebas mesra BN".

Mengenai tindakan Mohammad Nizar mengumumkan pembubaran DUN tanpa terlebih dulu mendapat perkenan Sultan Azlan Shah, Najib berkata hanya Sultan Perak boleh memperkenankan pembubaran DUN.

Najib turut menyifatkan perkembangan terkini itu sebagai bermulanya era baru dalam politik di Perak dan seterusnya membolehkan BN berkhidmat kepada rakyat serta pengundi di negeri berkenaan.

Menjawab soalan, Timbalan Perdana Menteri berkata keempat-empat wakil rakyat itu membuat keputusan menyokong BN berdasarkan kerelaan masing-masing tanpa habuan atau sogokan dan sebarang jawatan.

Mengenai kes rasuah membabitkan Adun Behrang dan Changkat Jering, Najib berkata ia adalah isu yang berbeza.

Beliau juga berkata, perkembangan yang berlaku tidak sampai sebulan selepas beliau dilantik Pengerusi BN dan Umno Perak adalah secara kebetulan.



* Inilah dunia politik negara kita hari ini...Fikirkan bersama!!! Sedang Palestin bergolak dengan maut dan maruah mereka dinodai kita masih begini...Tiada pendirian, bermain kotor dalam politik dan tiada siraman akhlak dalam medan ini!!! bagaimana mungkin kita, seandai ditimpa bencana sebagaimana Palestin... Bersediakah kita bersatu hati dalam mempertahankan keamanan agama dan hakikatnya ISLAM di negara Malaysia tanahair tercinta.

 Bilakah lagi kita semua satu hati... bilakah lagi...bilakah lagi????????????









Wednesday, 4 February 2009

Anak-anak Palestin vs Anak-anak Malaysia

 
                        Suatu perbandingan yang perlu di nilai dengan matahati:

       
masih ada gembira di wajah anak ini   

 vs
 
   
   
kedukaan yang jelas terpamer

Kurniaan nikmat Allah pada INSAN itu pelbagai. Ada nikmat senang, susah juga suatu nikmat, bahagia dan derita juga suatu nikmat. Allah uji manusia itu dengan pelbagai caranya. Itulah hak DIA selaku pencipta, DIA lebih tahu apa yang DIA mahu buat hambaNYA. Cuma kita, selaku hamba perlu sentiasa membuka minda agar tidak terlepas dari menggunakan nikmat akal anugerah RABB buat kita.

 
  wajah Srikandi kecil

                                         laungan dan semangat JIHAD si kecil


Aduh rasa sakit bila diuji derita seperti rakyat Palestin ini,namun lihat lah kecekalan rakyat Palestin dan yang paling membanggakan adalah anak-anak Palestin. Usia sekecil mereka sudah mengenali makna JIHAD, tabah, cekal, semangat, syahid... Allah hu Akbar... duhai anak-anak Palestin kalian tercampak dalam derita dunia yang bukan kalian minta namun itulah suatu anugerah dan nikmat Allah buat kalian agar terdidik dan terbina iman dalam jiwa-jiwa kalian. Manusia itu apabila diuji baru terasa diri itu punya RABB, punya pelindung, baru terasa betapa diri itu tidak punya apa, itulah tanda kasih Allah pada rakyat Palestin hakikatnya. Tidak di biarnya mereka terhayun dalam dunia penuh noda ini lantas diuji mereka sehebat itu....kalian terpilih !!! Kami sentiasa mendoakan kalian... Andai di beri kesempatan untuk bersama kalian, AKU mahu bersama...InsyaAllah.

Bagaimana anak-anak kita ??? mereka dibuai keseronokan alam kanak-kanak, bermain dengan angan-angan, bergembira meniti usia si kecil tanpa mengerti erti derita, erti jihad, seperti anak-anak Palestin, khuatir kita andai suatu masa kita diuji seperti Palestin bagaimana kita dan anak-anak kita??? bersediakah kita duhai warga MALAYSIA tanahairku???

Justeru itu, seruku buat diri dan warga Malaysia sekalian... jom kita pakat bersedia dari sekarang!!! bina iman, bina taqwa semampu dan sedaya mungkin dan yang paling terpenting dan perlu diprihatinkan adalah jiwa anak-anak kita...jangan biarkan mereka dibuai dengan angan-angan dunia, didiklah mereka mengenal jalan ISLAM yang disyariatkan. Risaukan akidah anak-anak kita, tengok-tengokkan akhlak mereka, belailah mereka dengan haruman iman dan taqwa agar terpancar cahaya soleh solehah di wajah dan jiwa anak-anak kita. Amin ya RABB.

Ayuh asuh minda!!!
Ayuh bakar semangat!!!
Ayuh cemerlangkan ISLAM!!!

Allah hu Haq...

Rafiqah Iman






Peduli PALESTIN !!!



Aduh sangat pedih melihat rintihan rakyat Palestin yang dihimpit derita di negara sendiri. Kekejaman Yahudi laknatullah memang tiada peri ihsannya lagi. Memang jahanam dan celakalah mereka itu. Neraka lah tempat anjing-anjing itu. Tunggu saja saat yang di janjikan!!! Kalian bakal jahanam, bakal derita, bahkan bakal hancur sehancurnya. Arghhh... bencinya Yahudi, Israel...



Apa sangatlah kita merasa deritanya mereka... Oh Pelestin... kalian hamba terpilih untuk di uji dengan ujian berat ini, hebatnya kalian!!! betapa di asak dengan derita hidup dihujani bom,peluru,sepakan .....dari pihak musuh laknatullah, kalian tetap kuat, tetap semangat, tetap tabah, walau dalam derita dunia...bahagianya kalian menempah syahid, memburu jannah dalam jihad ini...Ayuh kita bersama-sama Palestin!!! Mampukah kita andai di uji seperti mereka??? Bersediakah kita menerima ujian sehebat mereka???




Allah hu Akbar!!! begitulah mungkin laungan terakhir di bibir-bibir @ bisikan hati insan syahid ini. Gembira mereka menemui RABB dalam keadaan sesuci ini... deritanya mereka di dunia namun bahagianya mereka di akhirat... Perjuangan mempertahankan Islam sekaligus membela tanahair sendiri adalah kewajipan bersama, biar macam mana sekalipun ancaman musuh, takut itu sudah tiada lagi dalam jiwa-jiwa insan Palestin ini. Aduh bangga dan cemburunya Aku dengan warga Palestin. Kalian bakal menerima natijah yang terbaik di akhirat kerana bau-bauan syurga itu sudah terbau di dunia lagi...itulah nikmatnya syahid...Mampukah AKU dan kalian???

Jangan lupa terus berdoa untuk warga Palestin dan Islam di seluruh dunia... Takbir!!!
ALLAH HU AKBAR!!!!!

Aku sayang ISLAM....Moga Aku dan kalian thabat dalam perjuangan ini...
Amin ya RABB.

Sunday, 28 December 2008

SELAMAT MENJALANI IMTIHAN DUNIA!!!


SELAMAT MENJALANI IMTIHAN DUNIA!!!

Rutin harian kita sebagai makhluk tidak kan pernah lekang dek ujian..,baik dari RABBUL JALIL apatah lagi sesama kita makhluk cipataanNya. Namun apa saja yang berlaku di Dunia milikNYA yang abadi ni semuanya telah tersurat dalam pengetahuan DIA Yang Maha Berhak menentukan perjalanan kita selaku makhluk. Kudrat kita hanya mampu merancang dan berazam untuk melakukan sesuatu, yang Maha menentukan hanya DIA duhai RABBku..Allah hu Akbar…


Temanku..tika ini dan saat yang mendatang beberapa detik ini bakal menguji kemampuan kita sebagai menggalas tanggungjawab sebagai penuntut ilmu. Kalian bakal di uji dengan Imtihan Dunia yang pelbagai!!! Dan tika ini kalian pastikan melalui imtihan di kuliah…juarakah kita nanti atau bagaimana kita kesudahannya??? Letakkan persoalan ini dalam diri kalian, andai kalian merancang ingin menjadi juara, AKU pasti kalian lebih arif tentang persiapan menghadapi saat itu..jangan berleka lagi dengan DUNIA!!! Ayuh persiapkan diri dengan bekalan-bekalan yang teramat cukup untuk kalian mengahadapi saat imtihan itu.. AKU hanya kan berdoa buat kalian..dan AKU hanya boleh berpesan buat kalian… kerna AKU telah melalui saat itu..AKU teramat faham sikap-sikap manusia tika itu..MALAS, SENSITIF, SUKA TANGGUH, LEKA dan pelbagai yang negatif...
Ha! Bagaimana AKU tahu??? Hu hu hu sebab itulah AKU masih tidak tertinggal dengan hambatan sikap-sikap seperti itu… sebab itu AKU mahu berpesan sungguh-sungguh buat kalian…jangan jadi sepertiku, kalian mesti lebih baik dariku…AKU pasti kalian memahami maksud ini!!!

Be The Best Among The Best… sungguh-sungguh ye imtihan kali ni… AKU mahu kalian semua berjaya dan lebih hebat dariku yang tiada apa ni…AKU mahu dengar dari jauh nanti kalian semua berjaya naik tahun yang seterusnya…itu doaku…AKU menyayangi kalian untuk ISLAM kita mesti bersungguh-sungguh yer..Doakan AKU jua.
Ada satu cerita ingin AKU kongsi bersama kalian duhai kakak, sahabat, dan adik-adikku… mungkin ia tidak menarik buat kalian… tetapi terlalu menarik buat analogi kehidupanku sebagai penuntut ilmu…opss!! Kalau kalian sudah penat jangan membaca kisah ni… agak membosankan mungkin.

“ AKU tika ini berumur 26thn…suatu tempoh usia yang agak matang dalam kategori remaja ker dewasa??? Ker orang tua?? Haha fikir sendirilah…AKU memang di lahirkan sebagai penuntut ilmu bukan orang jalanan, bukan jua penagih dadah bukan jua pelaku jenayah…mana AKU tahu??? Eh bukan ker Eh bukan ker kelahiran kita sebagai khalifah yang mesti membawa dan mendokong panji-panji amar maaruf nahi mungkar.. jangan kita lupa yang itu!!! Sebagai khalifah warisan pemimpin ulung Rasulullah S.A.W kita mesti terus bantu membawa dan mendokong panji kebenaran ini walau dengan cara apapun, walau sekecil cuma usaha kita …InsyaAllah moga ALLAH menilainya dengan sebaik-baik DIA yang Maha Menilai… Amin

AKU dan kalian adalah sebagai penuntut ilmu hingga ke hujung usia kita nanti barulah boleh nak berenti..yerlah berenti di situ kita ada tugas baru menghadap RABBUL JALIL selamanya dengan membawa bekalan amal dunia...huh bagaimanalah nasib kita nanti yer??? Apa yang ingin ku citekan pada kalian adalah saat-saat bergelar warga pelajar dalam Sek.Men dan IPT suatu tika itu telah tercatat dalam memori hidupku. Tidak ingin menceritakan satu persatu…tak de sape nak tau...Cuma sedikit dan secebis pengalaman sebagai warga pelajar…saat-saat yang paling AKU nak cite adalah time nak exam…huhuhu sangat teruk AKU…bayangkan beberapa waktu (sebulan tau beberapa minggu) nak masuk dewan imtihan AKU banyak lagi tak ulangkaji madah-madah…gelabah betul ! pegang tu tak kene pegang ni tak kene…terasa cam nak jumpa Dekan tau Guru Besar je kata: saya tak nak pekse tolonglah! Saya nak berenti! agak-agak ade orang nak dengar ker? Mesti lah tak da kan…nak tak nak kita kene lalui jugak…studylah apa yang patut…hafal mana yang boleh ja lah sebab bukan fesyen menghafal…tiba time pekse hanya ALLAH yang tahu…gementar nya lah… last minit tawakal dan jawab ja lah…Apa pun Alhamdulillah boleh gak AKU jawab tapi tak lah tamam mana dan ade gak yang rase cam najah tak najah…cukup bekal yang AKU bawaklah…sangat teruk.

Hari keluar natijah, AKU adalah kalangan orang yang paling takut nak tengok natijah selalunya mesti kawan-kawan yang first akan tengokkan…yerlah tak confident mana kan...bekalan tak cukup tu lah dia padahnya!!! Pekse besar PMR:1A ke 2A tak ingat banyak B (malunya), SPM: awal pangkat 2 (haha malas lagi), STAM: Jayyid Jiddan (kawanku ramai jer Mumtaz), di INSANIAH 3thn sokmo JAYYID (tu pun alahai cukup makan ja), sambung MESIR dapat thn 3 sangkut setahun dan last natijah AKU di thn4 selepas tasfiah JAYYID. Apa kalian agak perasaan AKU apabila sudah bergelar graduan ALAZHAR akhirnya???

Ini yang sebenarnya point utama AKU nak beritau kalian,AKU memang berbangga sudah tamat belajar peringkat ijazah AL-AZHAR sehingga terasa cam mimpi ja, yerlah orang malas kan. Namun begitu banyak perkara yang merumitkan lantas merisaukan AKU. Pada hakikatnya AKU tidak pernah berbangga (bangga dalam erti kata tidak menempuh riak) dengan natijah-natijah yang AKU perolehi tapi AKU tetap bersyukur, itu wajib!!! …betapa bertahun AKU menggalas tanggungjawab sebagai penuntut ilmu AKU tidak mampu menjulang gelaran Juara dalam diri ..juara menguasai ilmu yang dah AKU pelajari ..juara memimpin mad’u ..juara dalam bantu sahabat-sahabat seperjuangan ..juara dalam Bantu ISLAM ..masih terlalu banyak kekurangan diri.. kasihan masyarakat orang yang bakal pulang ke tanahair ini hanya mampu membawa dan memimpin kalian ke arah kebaikan dan ilmu itu sejauh mana??? Sangat teruk AKU…

Kalian tahu sebab apa AKU seolah membuka pekung di dada??? Menceritakan pengalamanku!!! Sebab AKU tidak mahu kalian jadi sepertiku.. belajar bertahun namun ilmu tak hebat, tak mampu nak bawa pulangan lumayan buat masyarakat yang ketandusan ilmu dan amal.. sikap masih terlalu banyak perlu di perbaiki.. Jadi pada kalian yang masih berada dalam status pelajar di mana-mana..seruanku dan pesanku khusus buat kalian yang ku sayangi lillah:
Tolonglah diri kalian sendiri !!! belajarlah bersungguh-sungguh, tekun dalam beramal, dan pastikan ilmu yang diambil dari mana-mana cendiakawan agama adalah yang berkat (maknanya kita boleh faham lantas beramal dan mengingatinya), pandulah diri kearah sejuta jalan kebaikan, bantulah sesiapa yang mahu meminta secebis kudrat dan kemampuan kita (inilah mungkin AKU dapat merasa sedikit kemanisan dalam natijah-natijahku, kalau ikut usahaku mungkin AKU tidak layak) sebab kalau kita bantu orang, bantu ISLAM..ALLAH akan bantu kita..InsyaAllah biiznillah) namun jangan jadikan ini sebagai alasan untuk kita tidak terus berusaha dan berpeluk tubuh.. ini adalah kata-kata semangat yang ALLAH nukilkan dalam kalam suci kirimin Nabi buat kita… dan satu lagi kalam berharga yang baru ku temui.. “ KERJA DAKWAH BUKAN DI BUAT PADA WAKTU LAPANG SAHAJA, TAPI KITA HARUS LAPANGKAN WAKTU KITA UNTUK DAKWAH.”
Jadi tiada alasan sebenarnya tidak membantu orang-orang yang mahu secebis kudrat kitakalau cam tu tak wujud istilah teori dan praktikal.. teori yang kita ada, kita simpan hingga habis belajar barulah nak praktikal time tu tak tau lah kita masih di beri kesempatan nyawa lagi atau tidak!!! Jangan suka cipta alasan dan memilih jalan orang-orang yang sentiasa berada dalam kerugian.. Masa bila nak praktikal??? Waktu skang lah sedaya kemampuan kita bantu dan tidak meniggalkan tuntutan yang wajib sebagai penuntut ilmu…InsyaAllah moga ALLAH sentiasa bersama dengan orang-orang yang bersama-sama atas jalan dakwah..AMIN"

Untuk akhirnya.. jadikan secebis kisahku ini sebagai pembenteng dan bekal kalian untuk meneruskan tapak langkah seorang pejuang yang masih bersandar di atas gelaran penuntut ilmu..moga ada manfaat bersama.. salah silapku haraf maafkan..ade yang tak kena tau nak komen dan tegur silalah beri sedikit jasa kalian itu buatku..InsyaAllah AKU kan hargai.. Salam juang buat kalian.. Doaku sentiasa mengiringi kalian..

Khusus buat:
Adikku
Nabil,
Ahli bait
: K.Huda,K.Noni,Am,Ijat(HewiPMRAM),Qudus,Tasiah,
Adik-Adik BKAWM: Nawa,Mard,Sofiyah,Zie, K.Ija,K.Gee,Jijah,Hasni,Farhana,Liyana, Ira,W.Ndak,Limah,Bariyah,Anakku-Dikcik,Kinah Fifah,Sya,Amza,Anna, Syahirah,A’idah,Sofiah,Adawiyah,Khairina,Fatimah,Maziah,Hakimah dan seluruh adik-adik ikhwah dan akhwat yang lain..maaf tak sebutkan, sahabat-sahabat seperjuangan ikhwah-mantan JKT 06/07&07/08,barisan JKT 08/09.
Sahabat-sahabat tersayang: K.Lang,Habsah,Jah,MakSu,Shuhada,Umi,Shida,Balqis Ayu,Imah,Yana,Sera,Yam,Nisa',Eni,Za,Jannah,Becah dan warga MARJAN seluruhnya jua seluruh warga penuntut ilmu.

Saturday, 27 December 2008

Rahsia SOLAT TAHAJUD


TAHAJUD (SOLAT MALAM)- DARI PERPEKSTIF PERUBATAN

Solat tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari, biasanya tengah malam atau lewat tengah malam. Solat tahajud juga dikenali sabagai shalatulail. Solat ini sangat baik dilakukan terutama kepada para pemimpin Islam kerana Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.a tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka, sebagai ibadah tambahan.

Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang mengalakkan umat Islam mengerjakan solat tahajud sebagai ibadah tambahan pada waktu malam begitu juga terdapat beberapa hadis Nabi S.A.W. mengenai perkara ini.


TIDUR DAN SOLAT TAHAJUD

Umumnya manusia mengatakan tidur malam perlu antara enam hingga lapan jam sehari. Tetapi pendapat ini ditolak oleh para saintis Barat seperti Dr Ray Meddis, seorang profesor di Department of Human Sciences, England University of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya perlu tidur malam selama tiga jam sahaja.

Waktu tidur boleh dibahagi kepada dua bahagian - tidur ayam dan tidur lelap. Mimpi biasanya berlaku dalam tidur lelap (deep sleep). Manusia perlu berlatih untuk dapat tidur lelap kerana tidur ayam adalah masa berangan-angan yang membuang waktu sahaja. Tidur yang sebenarnya ialah ketika tidur lelap yang mengikut kajian saintis Barat ialah selam tiga jam.

Kita merasakan bahawa tidur malam kita selalu tidak cukup. Ini kerana kita tidak terlatih atau mengikut peraturan yang perlu diikuti ketika tidur. Apabila seseorang athlit hendak memasuki suatu pertandingan lumba lari dia akan berlatih hampir setahun sebelum perlumbaan itu bermula. Dengan demikian dia ada harapan untuk memungut pingat emas. Demikian jugalah kita mesti melatih diri kita tidur mengikut peraturan.

Mengikut kajian ahli perubatan Barat, sebelum kita merasa hendak tidur, mula-mula sekali kita akan merasa mengantuk (drowsiness) di mana suhu badan kita akan menurun. Dengan mengatur waktu tidur dan menggunakan jangkasuhu kita boleh latihkan diri kita untuk tidur bila perlu. Tidur yang diatur boleh menjimatkan masa kita dan membolehkan kita melakukan ibadah dan kerja-kerja lain.

Rasulullah S.A.W. telah memberikan contoh yang baik untuk tidur lengkap dengan doa-doanya. Bolehlah kita ringkaskan latihan untuk tidur malam seperti :

  1. Makan malam yang sedikit sekadar alas perut supaya tidak lapar. Jika kita makan malam yang banyak ianya akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan susah bangun dari tidur, sudah tentu kita akan terlebih tidur pula.

  1. Tunaikan solat Isya' sebelum tidur.

  1. Bersihkan tempat tidur seperti tilam, bantal dan cadar dari habuk dan lain-lain kotoran.

  1. Amalkan doa-doa sebelum dan sesudah tidur seperti yang diajarkan Rasulullah S.A.W.

  1. Kurangkan masa tidur dari lapan jam sehari kepada tujuh jam sehari untuk bulan pertama latihan; pada bula kedua kurangkan masa tidur malam kepada enam jam sehari, seterusnya pada bulan ketiga kepada lima jam sehingga kita boleh tidur untuk masa tiga jam sahaja.

Cara untuk kita tidur dan bangun juga mempunyai peraturan yang perlu diikuti untuk menjaga kesihatan dan mengelakkan diri dari dihidapi pelbagai penyakit. Umpamanya kita yang suka bangun tidur melompat dari tidurnya boleh menghadapi risiko sakit jantung yang boleh membawa maut. Demikian menurut pendapat seorang doktor dari China - Dr Huang Guoxiong dari Kolej Perubatan Lioning.

Di dalam Al-Quran ada menyebut segolongan manusia yang masuk syurga kerana ibadah malamnya dan kurang tidur malam.

Firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud : " Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil mengambil apa yang diberi oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah."

( Surah az-Zariat ayat 15-18 )


IBADAH TENGAH MALAM DAN AWAL PAGI DALAM AGAMA LAIN.

Penulis pernah bertukar-tukar pendapat dengan guru-guru dan ketua agama yang bukan Islam seperti Buddha, Kristian, Tao, Confucious dan Sikh. Dalam perhatian penulis, mereka juga mengadakan amalan pada tengah malam seperti 'berzikir' dan membaca kitab suci agama mereka. Untuk mengelak dari rasa mengantuk, mereka berlatih tidur hanya lebih kurang tiga jam atau empat jam sehari malah ada yang kurang dari itu. Antara agama yang dimaksudkan itu ialah agama Buddha, Kristian,Tao, Confusies dan Sikh.


PENDAPAT AHLI SASTERA BARAT

Terdapat juga ahli sastera barat yang menceritakan mengenai kelebihan mengurangkan tidur untuk mencapai kerjaya yang cemerlang.

Bila ditanya apakah rahsia kejayaan mereka, mereka menjawab :

"Taman itu indah, gelap dan tebal tetapi saya mempunyai temujanji yang mesti ditunaikan dahulu sebelum saya tidur."

Maksudnya "Pencapaian kerjaya yang tinggi oleh orang-orang ternama tidak didapati serta merta tetapi mereka bekerja keras sehingga larut malam pada waktu sahabat-sahabat mereka sedang nyenyak tidur."

- Longfellow

Ini jelas menunjukkan mereka meminimakan waktu tidur untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka.

Sekarang kita kembali kepada perbincangan solat tahajud. Apakah kebaikan dan kelebihan yang kita perolehi dari mengerjakan solat tahajud sedangkan ketika itulah manusia sedang nyenyak tidur.

Dari segi fikiran logik, kita tidak akan faham bahawa suruhan Allah itu mendatangkan kebaikan. Solat tahajud meneguhkan iman kita, jiwa kita, mental kita untuk menghadapi masalah hidup duniawi dan lain-lain lagi yang Allah Maha Mengetahui.

Dari segi sains perubatan pula, kita akan menyedut oksigen khusus yang wujud di atmosfera bumi antara lebih kurang jam tiga pagi hingga terbit matahari dan menggerakkan otot-otot di dalam badan kita ke arah menyegarkan badan dan melicinkan gerak saliran darah. Kedua-dua oksigen dn gerak otot itu sangat penting dalam memastikan kesihatan tubuh badan manusia. Oksigen itu hilang dari atmosfera bumi selepas matahari terbit dan tidak datang lagi sehingga esok pagi. Hanya manusia yang bangun pada waktu ini dapat menikmati oksigen tersebut. Mereka yang bangun tidur lewat tidak merasa nikmat oksigen ini.


RAHSIA PERGERAKAN OTOT DALAM SOLAT

solat. Secara kasar, pada mula kita berdiri tegak (qiyam) kemudian angkat kedua tangan bertakbir dan letakkan tangan di atas pusat - kita telah membesarkan rongga dada kita manakala paru-paru akan terasa luas serta menggerakkan otot di kedua belah tangan.

Ketika ruku' dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan di atas kepala lutut dan punggung mendatar (parallel to the ground) sekaligus ianya menggerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang dan tulang tungkin.

Waktu sujud pula, seluruh berat badan terpikul sepenuhnya di atas otot-otot kedua-dua tangan, kaki. dada, perut, punggung, leher dan otot-otot kaki. Lihat sahaja pada waktu sujud ini berapa banyak otot dan persendian yang kita gerakkan.

Setelah itu kita bangkit dari sujud. Kita duduk, kemudian kita sujud lagi dan selepas itu kita berdiri kembali. Dalam gerak badan kali ini kita telah secara automatik menggerakkan sejumlah besar otot-otot di dada , bahu, lengan, perut, punggung, peha, kaki bahagian bawah an lain-lain otot lagi.

Selain dari itu kita juga melakukan dua macam duduk - pertama duduk antara dua sujud dan kedua duduk tahiyat. Kedua-dua jenis duduk ini menggerakkan tumit, pangkal peha, kelengkang, jari-jari kaki dan lain-lain. Dalam kita memberi salam juga kita gerakkan otot-otot leher tengkuk dan lain-lain.

Kalau kita lihat dari dua perkara tersebut di atas iaitu mendapatkan oksigen yang istimewa dan gerak otot-otot yang semuanya ini sudah tentu akan memastikan kesihatan tubuh badan kita.

Solat tahajud juga boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat dari tidur malam.

Template by : kendhin x-template.blogspot.com