Sunday 19 July 2009

Jom Tonton dan hayati bersama .....


Usai sudah ku melihat filem ini..tersentuh sungguh jiwa kerdil milik diri pinjaman Tuhan. Sambil gelak aku boleh menangis teresak-esak dibuatnya.( sedih dalam gembira).Hebat juga penangannya, menjiwai sungguh...huhu...

Kisah kanak-kanak miskin yang cekal jiwa meneruskan pengajian. Miskin tidak menghalang hak mereka untuk memperolehi pendidikan. ermmm...part yang terkesot hati ini..hihi...

* Atas desakan hidup Lintang terpaksa menamatkan persekolahannya untuk menjaga adik-adiknya.

* Bu Mus yang sanggup mengorbankan peribadinya hanya untuk kepentingan anak-anak miskin itu.

* Kejayaan-kejayaan anak-anak ini, kecekalan, keberanian, semangat dan ukhwah mereka. Betapa istimewanya mereka ini dianugerahi kemiskinan.


Gelagat mereka sungguh mencuit nubari ini. Lantas teringat aku pada anak-anak didikku di SKKB. Daud, Shafina, Amin, Maisarah, Zulhelmi, Hadi, Hafizudin, Aiman, Farzana, Ibnor, Adawiyah, Iqmal, Fahmi dan yang lain-lain tidak mampu ku lakarkan dalam blog ini. Pelbagai kerenah harus ku tempuh bersama mereka. Kadang-kadang menyenangkan dan terkadang aduh memeningkan. Namun jauh di sudut hati ini aku amat menyayangi mereka walau marahku kadang tidak terkawal...tidak lah sampai menyakitkan cuma menghukum seadilnya dengan kesalahan yang mereka lakukan.


Terasa akulah ibu dan bapa anak-anak didikku. Mahu saja aku mencorak hidup dan masa depan mereka mengikut acuanku. Namun aku hanya seorang guru, berfungsi hanya di sekolah, tidak boleh sewenangnya memiliki mereka secara total. Mereka punyai keluarga yang pelbagai rupa latar belakangnya....itulah yang sedikit merisaukan diri ini. Ramai ibu ayah hari ini hanya tahu menuding jari pada guru-guru yang telah mencalarkan sedikit tubuh badan anaknya, mengapa tidak berterima kasih saja dengan kesakitan-kesakitan yang menyinggah itu sebagai tanda hukuman atas kebiadapan anaknya... kesan pentarbiyahan di rumah itu tiada, hilang dengan kesibukan ibu ayah mengejari dunia, amanah itu tidak disempurnakan sebaik mungkin... akibatnya anak-anak hari ini menerima musibah akhlak yang sangat merundum secara totalnya.

Tidaklah sepenuhnya menyalahkan ibu ayah, walau hakikatnya ada juga salah guru-guru, namun berilah peluang pada guru-guru untuk bernafas dengan corak didikan mereka selagi mana tidak menyalahi syariat dan adat jua tidak membawa tenat pada anak-anak didiknya. Mereka juga menyayangi anak-anak ibu ayah, mereka juga diamanahkan untuk mendidik anak-anak ibu ayah, mereka juga ada peranan, tolonglah sedari hakikat itu!!! kita sama-sama mengambil bahagian dalam mendidik anak-anak ini dengan seadilnya. Tolong jangan berat sebelah!!! Kalau benar pun salah sang guru berurusan lah secara waras, bijak dan profesional.

Buat Sang Guru.. mari kita menjadi MURABBI bukan MU'ALIM.

Kata-kata ini suatu azimat dalam melaksanakan tugas dakwah seorang guru. Perlunya mendidik mereka dengan menaburkan benih iman dan taqwa, rasa ihsan dan bertuhan, agar memiliki duniawi dan ukhrowi sebati dalam diri. Ilmu sahaja tidak akan menjamin kebahagiaan mereka, jadi ayuh gempur projek memperkasakan amal dalam ketaatan.


Salam Ingatan

Dari: jiwa seorang pendidik
Untuk: semua yang mahu dan tahu menghargai nilai kemanusiaan


Maafkan diri ini wahai anak-anak didikku.
Akanku cuba merealisasikan sebuah impian.


0 comments:

Template by : kendhin x-template.blogspot.com