Monday 20 July 2009

Rindu bertamu..


Tiba-tiba rindu itu hadir. Teringat teman-teman seperjuangan. Masa beralih tanpa menunggu sesiapa. Dalam sekejap apa-apa bisa terjadi... dan atas kerana masa lah semuanya telah berlaku dengan pantas.. zaman persekolahan dan IPT ku sudah tamat. Bersukaria dalam menjalankan kerja-kerja persatuan bersama teman-teman ku pun telah pergi masanya. Menikmati usia 20an sudah semakin dekat melambaikan perpisahan. Namun banyak lagi bebanan tanggungjawab sebagai khalifah Allah gagal ku laksanakan. erm... aku menarik nafas dalam-dalam mengenangkan sesuatu ???????


Dalam gembira ada duka. Dalam duka ada gembira. Keduanya bersatu dalam aku meniti sebuah perjalanan.
Tersenyum sendiri mengenang masa lampau yang berlama sudah meninggal pergi. Pernah juga berlinang air jenih dari tubir mata ini mengenang realiti sebuah kehidupan yang pernah ku lalui bersama insan-insan itu. Saat-saat yang amat sukar untuk ku lupakan bersama kalian wahai teman-teman HATI, INSANIAH, BKAWM, MARJAN, MAAHAD...

Kini... masa itu teramat mustahil akan bertandang kembali.. Mereka yang ku kenang dan ku ingati sudah ramai yang berumahtangga, menulusuri perjalanan kehidupan berkeluarga dengan acuan dan kehendak diri berbekalkan ilmu dan iman yang tersimpan dalam lubuk nubari masing-masing. Moga kalian dilimpahi rahmat dan nusrah Allah senantiasa. Jangan lah pernah mengotori ukhwah ini dengan hanya memikirkan kepentingan diri. Hargailah sahabat-sahabat yang pernah mengisi kotak memori hidup kalian. Dan AKU masih disini... mengingati dan terus mengingati dalam doa yang berpanjangan khusus buat kalian duhai teman-teman yang amat ku rindui. Moga kalian berbahagia.

Terima kasih atas segalanya teman dan maafkan diriku seadanya..

Salam Rindu Ukhwah Fillah Abadan Abada...
Nur RafiQaH


Sunday 19 July 2009

Jom Tonton dan hayati bersama .....


Usai sudah ku melihat filem ini..tersentuh sungguh jiwa kerdil milik diri pinjaman Tuhan. Sambil gelak aku boleh menangis teresak-esak dibuatnya.( sedih dalam gembira).Hebat juga penangannya, menjiwai sungguh...huhu...

Kisah kanak-kanak miskin yang cekal jiwa meneruskan pengajian. Miskin tidak menghalang hak mereka untuk memperolehi pendidikan. ermmm...part yang terkesot hati ini..hihi...

* Atas desakan hidup Lintang terpaksa menamatkan persekolahannya untuk menjaga adik-adiknya.

* Bu Mus yang sanggup mengorbankan peribadinya hanya untuk kepentingan anak-anak miskin itu.

* Kejayaan-kejayaan anak-anak ini, kecekalan, keberanian, semangat dan ukhwah mereka. Betapa istimewanya mereka ini dianugerahi kemiskinan.


Gelagat mereka sungguh mencuit nubari ini. Lantas teringat aku pada anak-anak didikku di SKKB. Daud, Shafina, Amin, Maisarah, Zulhelmi, Hadi, Hafizudin, Aiman, Farzana, Ibnor, Adawiyah, Iqmal, Fahmi dan yang lain-lain tidak mampu ku lakarkan dalam blog ini. Pelbagai kerenah harus ku tempuh bersama mereka. Kadang-kadang menyenangkan dan terkadang aduh memeningkan. Namun jauh di sudut hati ini aku amat menyayangi mereka walau marahku kadang tidak terkawal...tidak lah sampai menyakitkan cuma menghukum seadilnya dengan kesalahan yang mereka lakukan.


Terasa akulah ibu dan bapa anak-anak didikku. Mahu saja aku mencorak hidup dan masa depan mereka mengikut acuanku. Namun aku hanya seorang guru, berfungsi hanya di sekolah, tidak boleh sewenangnya memiliki mereka secara total. Mereka punyai keluarga yang pelbagai rupa latar belakangnya....itulah yang sedikit merisaukan diri ini. Ramai ibu ayah hari ini hanya tahu menuding jari pada guru-guru yang telah mencalarkan sedikit tubuh badan anaknya, mengapa tidak berterima kasih saja dengan kesakitan-kesakitan yang menyinggah itu sebagai tanda hukuman atas kebiadapan anaknya... kesan pentarbiyahan di rumah itu tiada, hilang dengan kesibukan ibu ayah mengejari dunia, amanah itu tidak disempurnakan sebaik mungkin... akibatnya anak-anak hari ini menerima musibah akhlak yang sangat merundum secara totalnya.

Tidaklah sepenuhnya menyalahkan ibu ayah, walau hakikatnya ada juga salah guru-guru, namun berilah peluang pada guru-guru untuk bernafas dengan corak didikan mereka selagi mana tidak menyalahi syariat dan adat jua tidak membawa tenat pada anak-anak didiknya. Mereka juga menyayangi anak-anak ibu ayah, mereka juga diamanahkan untuk mendidik anak-anak ibu ayah, mereka juga ada peranan, tolonglah sedari hakikat itu!!! kita sama-sama mengambil bahagian dalam mendidik anak-anak ini dengan seadilnya. Tolong jangan berat sebelah!!! Kalau benar pun salah sang guru berurusan lah secara waras, bijak dan profesional.

Buat Sang Guru.. mari kita menjadi MURABBI bukan MU'ALIM.

Kata-kata ini suatu azimat dalam melaksanakan tugas dakwah seorang guru. Perlunya mendidik mereka dengan menaburkan benih iman dan taqwa, rasa ihsan dan bertuhan, agar memiliki duniawi dan ukhrowi sebati dalam diri. Ilmu sahaja tidak akan menjamin kebahagiaan mereka, jadi ayuh gempur projek memperkasakan amal dalam ketaatan.


Salam Ingatan

Dari: jiwa seorang pendidik
Untuk: semua yang mahu dan tahu menghargai nilai kemanusiaan


Maafkan diri ini wahai anak-anak didikku.
Akanku cuba merealisasikan sebuah impian.


Friday 10 July 2009

i luv ISLAM











Sunday 5 July 2009

Kasih Yang TIDAK kan Terlerai ....


PUSARA ABAH
pokok pisang yang berada diatasnya seolah kami 3beradik.

Bukan kami yang tanam pokok ni, kami pun tak tahu mana datangnya.
Moga ada hikmahya...

5 tahun berlalu, bagai semalam menempuh episod duka, hati luka lara, mengenang insan jauh dimata, namun di ingatan tetap bertakhta. ABAH, kami merinduimu. Perginya insan prihatin itu membawa sejuta memori bersamanya. Doa kami tidak pernah luput dibibir, moga ABAH di tempatkan di kalangan insan yang beriman dan soleh. Kami bakal menyusul tapi, entah bila pula.

27 Januari 2004 telah memisahkan kami dengan jasad seorang ABAH yang amat dikasihi. Melihat derita yang ditanggungnya begitu memeritkan dan memilukan jiwa. Terasa ingin menanggungnya, biar diri yang derita bukan Abah. Namun itulah tanda kasih Allah buat Abah, dihantarnya derita bagi mengahapus dosa hambaNYA. Abah memang jarang sakit, saat itulah sakit yang teramat sakit dihadapinya sehingga telah meragut pergi sebuah jiwa milik Abah. Kehilangannya bagai disentap gembira selamanya buat kami, tetapi berkat didikan serta jasa abah&mak telah berjaya memahamkan kami tentang hakikat sebuah kehidupan. Setiap jiwa pasti pergi menemui Rabbnya. Hakikat itu, kami akur dan gagahi untuk menempuhnya dengan redha dan sabar walau airmata ketika itu memang milik kami.

Pengorbanan Abah bukan sedikit, aduh... tidak termampu untukku hitung dengan nilaian wang bahkan harta dunia. Ikhlasnya Abah, sabarnya Abah, prihatinnya Abah, penyayangnya Abah tidak ternilai harganya. Abahku seorang pekerja rendah awam, namun cekalnya Abah membesar kami 3 beradik dengan bekerja lebih masa, telah berjaya menjejakkan kami ke menara impiannya agar kami bisa menggulung sebuah ijazah. Abah...kami sudah mencapai impian itu, namun... Abah tiada di sisi.Terima kasih Abah... kerana impian itulah yang telah menguatkan semangatku untuk terus menggenggamnya ketika hampir aku berputus asa, emak telah mengingatkan.

Kini... aku dan along bergelar guru. Kami mahu menjadi murabbi bukan mua'lim. Walau rasa tidak layaknya diri, moga ada berkat mengiringi langkah kami. Amin.. Adikku bakal menamatkan kuliah quran. Moga kita sama-sama dapat membalas jasa arwah Abah dengan kejayaan iman dan taqwa dunia akhirat. Abah.. kasih di antara kita tidakkan terlerai walau jasad dan alam memisahkan kita. Abah, pergimu mengajar kami erti berdikari. Terima kasih Abahku...


Template by : kendhin x-template.blogspot.com